” Sedihnya, bukan senang nak dapat pembantu yang baik. 16 tahun tu lama tu.. “

Tomok Kongsi Video Ketika Hantar Pembantu Rumah Keluarganya Pulang Di KLIA Undang Hiba Di Hati Netizen. Sedihnya !!

Jika disebut nama Shah Indrawan Ismail pasti tiada siapa yang mengenali nama ini. Tetapi jika di sebut nama Tomok, pastinya semua peminat muzik tanahair mengenalinya. Tomok dilahirkan pada 17 Mei 1984 di Negeri Sembilan. Dibesarkan di Kuala Lumpur, Tomok mula dikenali melalui kumpulan muzik New Boyz.

Kumpulan ini pernah mencetuskan fenomena apabila lagu Sejarah Mungkin Berulang melet0p di corong-corong radio pada ketika itu. Setelah perpecahan kumpulan ini, Tomok bergerak secara solo dan menyertai program realiti TV One In A Million. Penyertaan nya di dalam program ini mendapat liputan meluas peminat muzik tanahair dan akhirnya Tomok berjaya merangkul gelaran juara dan membawa pulang hadiah RM 1 juta pada 1 Mei 2009.

Menyingkap kehidupan peribadinya, Tomok berkahwin dengan seorang pramugari syarikat penerbangan Malaysia Airline, Rahayu Abas pada 1 Julai 2011. Hasil perkahwinan ini, mereka dikurniakan dua orang cahayamata diberi nama Arrian dan Andra. Keluarga bahagia ini sering menjadi bualan peminat kerana kepetahan anak-anaknya bercakap dan berinteraksi dengan orang sekeliling.

Menerusi akaun Instagram, Tomok memuatnaik video dimana seluruh keluarga besarnya menghantar bibik mereka yang paling setia dan lama berkhidmat untuk mereka sekeluarga di KLIA. Bibik nya yang dipanggil Kak Rosma dilihat begitu hiba menitiskan airmata begitu juga ahli keluarga yang lain. Betapa erat nya hubungan diantara mereka walaupun cuma antara majikan dan pekerja.

Jom tengok video dibawah :

” Setelah hampir 16 tahun bersama keluarga kami.. Terima kasih kakak rosma.. “

” Selamat pulang ke Indonesia.. “

Rata-rata peminat turut berhiba apabila membaca status Tomok ini. Antara komen-komen peminat :

” Oh no… Kenapa saya yang menangis.. “

” Moga Allah Swt permudahkan pintu rezeki Kakak Rosma seterusnya.. “

” Ye perp1sahan tu sangat per1t.. “

” Aku pulak yang nak nangis asal ni.. “

” Sedih pulak tengok video ni…. Kena pulak lagu tu.. “

” Sambung kontrak la balik.. Sedihnye.. “

” Selamat jalan.. Moga diluaskan rezeki lagi di tanah sendiri.. Laaaah kenapa kami pulak yang menitik air mata.. “

” Sedihnya… Bukan senang nak dapat pembantu yg baik.. 16 tahun tu lama tu.. “

” Bukan harta atau tahta yang menjamin bahwa seseorang itu akan selalu kita ingat dan kepergiannya membuat kita merasa kehilangan tetapi jasa dan kebaikannya lah yang membuat dia berarti bagi kita.. “

Pastinya ketiadaan Kak Rosma akan dirasai oleh seluruh keluarga Tomok. Manakan tidak, sekian lama dia mengabdikan diri berkhidmat di dalam keluarga dan sekarang dia sudah tiada lagi bersama-sama. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Kak Rosma dipermudahkan rezeki di tempat baru dan buat keluarga Tomok moga mendapat pengganti yang sama setianya seperti Kak Rosma.. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Tomok by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..