” Untuk kanda, usah teh bunga melati, teh daun, teh akar, kilang teh kat cameron pun dinda boleh berikan.. “

Mengej0tkan !! Kata-kata Nazim Othman Di Instagram Buatkan Ramai ‘Bunga’ Di Luar Sana Cair Habis. Ini Sebabnya..

Siapa tak kenal akan Nazim Othman, pelakon lelaki Malaysia yang rupanya seperti ala-ala pelakon korea. Miliki nama penuh iaitu Nushrul Alif bin Othman dan dilahirkan di Labuan pada 16 September tahun 1984 dan kini berusia 35 tahun.

Beliau yang dikenali sebagai Nazim kini menetap di Petaling Jaya, Selangor. Berketinggian 1.80 meter dan rupa paras yang kacak membuatkan beliau diambil sebagai model. Sebelum memasuki dunia industri seni tanah air, Nazim merupakan sorang pramugara.

Mula aktif dalam dunia lakonan pada tahun 2008. Nama beliau mula melonjak naik selepas beliau membintangi drama rantaian Dejavu Di Kinabalu, Kau Yang Terindah, Epilog Cinta Khirana dan Sangkar. Lain-lain drama dibintanginya seperti, Lara Aishah, Monalisa dan Terima Aku Seadanya.

Nazim juga penah bersaing dalam pertandingan Gempak Superstar iaitu sebuah program realiti yang mencungkil bakat nyanyian. Beliau juga telah mendapat tempat ke lima dalam pertandingan tersebut. Pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Bella Dally pada tahun 2016, dan pasangan ini sah bercer4i pada tahun 2018.

Menerusi instagram, Nazim telah memuat naik satu keping gambar beliau di majlis ulang tahun perkahwinan Rozita Che Wan. Yang menariknya, beliau telah menulis kata-kata yang telah membuatkan ramai peminat perempuan membalas kata-kata tersebut.

Ikuti perkongsian beliau dibawah :

” Mengumumkan keberangkatan tiba kanda di istanamu . Tolong buatkan teh bunga Melati. Kanda haus.. “

Rata-rata peminat telah terhibur akan kata-kata Nazim dan peminat-peminat juga turut membalasnya. Antara komen-komen tersebut :

” Sorry kanda air teh bunga melati habis.. “

” Baik kanda. ‘Dayang, tolong sediakan teh bunga melati secepatnya.’ .. “

” Teh bunga melati siap dihidangkan untuk kanda.. “

” Kanda.. Nk patik tambahkan sedikit madu x ?? Ikhlas dri taman bunga kt hati patik.. “

” Kalau utk kanda usah kate teh bunga, teh daun, teh akar. kilang teh kat cameron highlands pun dinda boleh berikan. hahaha.. “

” Kanda knp hnsem sgt.. “

Kelakar betul Nazim ni. Tapi kata-kata tersebut memang menarik. Paling kelakar status di kayangan tu. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Nazim cepat bertemu jodoh kembali, diberikan kesihatan yang baik dan segala urusan dipermudahkan. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nazim Othman by berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..