” Alololo sian Ellie. Mesti rindu ter0k tu. Mesti dida dia yg rajin melayan dia kan.. “

Video Ellie Anak Dato’ Fazley Peluk Baju Ayahnya Sebab Terlalu Rindu, Menyentuh Perasaan Peminat. Sedihnya !!

Bila disebut lagu Asmara Ini, pastinya peminat mengenali penyanyinya Fazley Yaakob. Mendapat anugerah darjah kebesaran yang membawa kepada panggilan Dato’, beliau kini dikenali sebagai Dato’ Ahmad Fadzli bin Yaakob. Dato’ Fazley dilahirkan pada tanggal 18 April 1978 di Seremban Negeri Sembilan. Beliau merupakan anak kepada pengendali Putrade Malaysia, Datuk Yaakob Mohammad dan Datin Umi Kalsom Abdol Latib.

Karier seni nya bemula sejak beliau berusia 17 tahun lagi namun hanya mula dikenali apabila lagu Asmara Ini yang dikeluarkan pada tahun 2001 melet0p di corong-corong radio. Lagu ini menaikkan namanya setaraf penyanyi popular yang lain. Selain nyanyian, beliau pernah muncul di dalam filem Gerak Khas The Movie II, Janji Diana dan G1la Bola.

Dato’ Fazley mengakhiri zaman bujangnya dengan menikahi Azrene Soraya Abdul Aziz pada tahun 2006. Hasil perkahwinan ini, mereka dikurniakan 4 orang cahayamata iaitu 3 lelaki dan 1 orang perempuan. Anak-anak bertuah ini diberi nama Ahmad Fariedz Shah, Ahmad Fieradz Shah, Ahmad Firudz Shah dan Alayna Selma.


Menerusi akaun Instagram, Dato’ Fazley memuatnaik video anak bongsunya bernama Ellie yang sememangnya rapat dan manja dengannya mencari-cari kelibat beliau sambil menangis-nangis. Paling syahdu bila Ellie berteman bajunya ketika tidur sebagai ubat rindu. Manja betul anak perempuan Dato’ Fazley ni.

Jom tengok video dibawah :

” Anak bongsu saya @elliefazley masih di luar negara dengan abang sulong dia @fariedzfazley dengan mama dia @azrene_ahmad. Saya balik dulu sebab ada kerja dan untuk bersama dengan @fieradzfazley dan @fierudzfazley dua orang lagi anak lelaki saya tak ikut.. “

” Tapi yang sebak tu, ellie tiap-tiap hari akan cari saya walaupun dia happy je kat sana. So apa saya buat, saya tinggalkan baju yang saya dah pakai untuk ellie. Saya letak dalam plastik supaya bau saya tak hilang dari baju tu.. “

” Ellie akan tiba-tiba menangis bila ingat Dida dia, so mama dia bagi lah ellie baju saya untuk dia peluk. Sampai tidur dia masih peluk baju saya tau! Sedih and sebak pulak tengok kan? Kasih sayang seorang anak perempuan terhadap ayah dia. Memang macam tu ke?.. “

View this post on Instagram

Anak bongsu saya @elliefazley masih di luar negara dengan abang sulong dia @fariedzfazley dengan mama dia @azrene_ahmad Saya balik dulu sebab ada kerja dan untuk bersama dengan @fieradzfazley dan @fierudzfazley dua orang lagi anak lelaki saya tak ikut. . Tapi yang sebak tu, ellie tiap2 hari akan cari saya walaupun dia happy je kat sana. So apa saya buat, saya tinggalkan baju yang saya dah pakai untuk ellie. Saya letak dalam plastik supaya bau saya tak hilang dari baju tu. Ellie akan tiba2 menangis bila ingat Dida dia, so mama dia bagi lah ellie baju saua untuk dia peluk. Sampai tidur dia masih peluk baju saya tau! Sedih and sebak pulak tengok kan? Kasih sayang seorang anak perempuan terhadap ayah dia.m memang macam tu ke? 😭😭😭

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

Rata-rata peminat nyata terharu dengan perkongsian Dato’ Fazley ini. Ramai yang memberikan respon di atas pertanyaan di kapsyen tersebut. Antara komen-komen peminat :

” Bukan anak perempuan je.. Rasa semua anak memang rapat dengan ayah kalau ayah dorg jenis penyayang.. Dan anak-anak yang rapat dengan ayah nih akan jadi lebih berani, kreatif, bijak dan mendengar kata.. So ayah-ayah kat luar sana kena contohi Dida.. “

” Kesian nye Ellie. Hopefully one day you could take all the entire family for a holiday, insyaallah.. “

” Auwwww touching.. Sebab tu rem0knya hati si bapa bila anak perempuannya di layan bur0k dan di tinggalkan suami si anak.. “

” Kembit nya dengan Dida dia.. Terharu juga rasa.. “

” Memang macam tu.. Anak saya perempuan 8 tahun pon masih memerlukan baju papa dia untuk teman dia tido. Walaupun saya depan mata. Papa dia kerja jauh. Sebulan sekali balik wajib papa dia tinggal baju last dia pakai untuk anak peluk.. Yang lelaki tak macam tu.. 1st love anak perempuan ialah ayahnya.. “

” Alololo sian ellie. Mesti rindu ter0k tu. Mesti dida dia yg rajin melayan dia kan.. “

” Yes dato, anak perempuan manja lain macam dengan ayahnya.. “

” Sebak taw @elliefazley semoga kamu sentiasa menyayangi dida kamu, mama, dan abang-abang kamu didunia dan diakhirat… Aamin.. “

” Sedihnye dato @fazleyyaakob tetiba mata saya berair tengok video si comel @elliefazley ni.. “

Terserlah betapa rapatnya Dato’ Fazley dengan si comel Ellie ini. Dalam lucu turut sebak melihat betapa besarnya kuasa kasih sayang antara ayah dan anak ini. Tidak ada empunya badan, baju pun boleh janji ada bau ayahnya. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga keluarga Dato’ Fazley sentiasa berbahagia dan dapat selalu bersama kemana sahaja.. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato’ Fazley Yaakob by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..