” Sedap betul suara kakak, bestnya boleh duet dengan Tokti.. ” – Netizen

Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza Berkaraoke Lagu Fauziah Latiff Bersama Pengasuh Baru Anaknya Raih Perhatian Ramai. Wah Merdu Suara Pengasuh Aafiyah Dan Afwa, Ingatkan Tokti Yang Menyanyi. Memang Padu Habis !!

Jika sebelum ini ramai mengetahui pengasuh lama Aafiyah, Dayah Zubit boleh menyanyi dengan baik. Namun tidak kurang juga dengan pengasuh anak Dato’ Seri Siti Nurhaliza yang baru ini. Pengasuh Aafiyah dan Afwa yang kini juga boleh menyanyi dangan suara yang cukup merdu.

Meninjau ke satu akaun Instagram Berita Kopak, video Dato’ Seri Siti menyanyi karaoke bersama pengasuh anaknya yang dipanggil kakak telah dikongsikan. Video tersebut diambil menerusi akaun Tik T0k watieysoong.

Video tersebut memaparkan Dato’ Seri Siti berkaraoke lagu popular nyanyian Fauziah Latiff. Dato’ Seri Siti memulakan nyanyian tersebut dan diikuti oleh kakak. Apabila mendengar suara kakak, ramai warganet yang terpersona dengan kemerduan suaranya.

Perkongsian video ini telah menerima lebih daripada 2 ratus tanda suka sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Mungkin juga betul apa yang dikatakan oleh netizen iaitu syarat menjadi pengasuh anak Dato’ Seri Siti mesti pandai menyanyi, hehe.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang memuji kemerduan suara pengasuh Aafiyah dan Afwa ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Sedap betul suara kakak.. bestnya boleh duet dengan tokti.. gamaknya masa interview tu syarat dia kena pandai nyanyi kot.. “

” Tokti tkde keje kosong ke nak jadi pengasuh gak.. sedap suara dia sama macam tokti juga.. lagu fauziah latiff mmg ssh bawa.. “

” Wow, suara hampir sm dengan tokti.. lagu fauziah latiff semua ssh.. dpt kat tokti mcm lagu sendiri dibuatnya.. “

” Lagu enggan kak g mmh ssh nak bawa.. jarang org boleh bw lagu ni dengan baik.. bertuah kakak dpt berduet dgn tokti dgn free.. “

” Bestnya jd part of family tokti even jadi staff je.. happy sgt dh.. kakak aafiyah yg dulu pun hebat gak menyanyi.. “

” Sedapnya suara mereka..  macam suara fauziah latiff ms muda2 dulu.. nape mcm ct ssh nak bawa… kakak bw smooth.. “

” Aku rasa nak jadi kakak aafiyah kena pandai nyanyi … love semua lagu fauziah latiff.. kakak masuk kakak.. “

Sangat beruntung buat kakak kerana boleh berduet dengan penyanyi nombor satu negara ini. Malah Dato’ Seri Siti juga melayan pengasuh anaknya ini seperti keluarganya sendiri. Apa-apa pun gandingan Dato’ Seri Siti dan kakak memang merdu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Berita Kopak, ctdk dan TikT0k Watieysoong

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..