” Memang baby dah ada janggut.. ” – Jebat Jayden

Video Gelagat Mencuit Hati Jebat Jayden Membuat Janggut Menggunakan Slime Jelly. Amboi Jebat Nak Ada Janggut Macam Baba Ke Tu. Part Menyanyi Salah Lirik Lagu Nenek Si Bongkok Tiga Tu Kelakar. Main Belas4h Je Yer Jebat, Hehe !!

Bagi yang mengikuti perkembangan anak pelakon Sharnaaz Ahmad iaitu Jebat Jayden pasti mengetahui yang Jebat merupakan seorang kanak-kanak yang ceria. Ada sahaja gelagat comelnya membuatkan ramai tak kering gusi ketawa.

Meninjau di akaun Instagram Srikandi.79 telah berkongsi dua video yang memaparkan gelagat Jebat. Menerusi video pertama, Jebat sedang bermain slime jelly dan kedengaran seorang wanita meminta Jebat untuk membuat janggut menggunakan slime jelly tersebut.

Setelah itu, kelihatan Jebat telah membuat janggut dan meletakkan slime jelly yang diulinya di bahagian kedua pipi. Sempat Jebat berkata yang dirinya memang sudah mempunyai janggut. Alahai tak pernah tak kelakar Jebat ni, hehe.

Manakala menerusi video kedua pula telah dirakamkan gelagat Jebat yang bersahaja menyanyi lagu ‘ Nenek Si Bongkok Tiga ‘ . Namun apa yang mencuit hati adalah Jebat menyanyikan lagu tersebut dengan lirik yang salah meskipun gayanya penuh yakin.

Jom tonton video di bawah iniĀ  :

Sehingga kini perkongsian video-video itu telah menerima ratusan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Ada yang memberikan komen terhibur setelah menonton gelagat Jebat. Antara komen menarik adalah :

” Makin handsome lah Jebat ni, hehe. Lirik salah pun takpe kan Jebat, belas4h je lh. Anak bertuah betul Jebat ni.. “

Alahai Jebat tak pernah tak kelakar. Sekejap sahaja Jebat dah umur 4 tahun, tak lama lagi bakal ke sekolah lah budak comel ini. Semoga Jebat Jayden terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik buat orang tuanya.

Sharnaaz mahupun Noor Nabila sering berkongsi video gelagat comel Jebat di Instagram buat tontonan warganet. Meskipun Sharnaaz dan Noor Nabila bukan lagi pasangan suami isteri, mereka berdua tetap bersahabat baik membesarkan Jebat bersama-sama.

Silakan SHARE..

Sumber : IG srikandi.79, jebatjayden

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..