” Sedap Andra nyanyi. Pandainya.. “

Tomok Kongsi Video Anaknya Andrashah Iman Menyanyi Dalam Bahasa Mandarin. Muka Dengan Suara Tu Comel Sangat-Sangat. Fasih Sungguh Andra. Salute !!!

Kumpualan ini yang pernah popular dengan lagu Sejarah Mungkin Berulang menjadi fenomena dan kegil4an ramai gadis suatu masa dahulu. Pemilik suara itu, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail dilahirkan pada 17 Mei 1984.

Tomok yang mula dikenali menerusi kumpulan New Boys sejak tahun 1999 ini nyata mempunyai auranya tersendiri hingga mampu bertahan sehingga sekarang walaupun bergerak secara solo. Tomok telahpun mendirikan rumahtangga bersama seorang pramugari Sistem Penerbangan Malaysia ( MAS), Siti Rahayu binti Abas.

Walaupun Tomok lebih muda dari isterinya itu namun itu bukanlah alasan untuk beliau membina keluarga bahagianya. Mahligai cinta ini diserikan dengan kehadiran dua orang cahayamata lelaki yang diberi nama Arrian dan Andrashah Iman. Kedua-duanya menjadi tumpuan peminat kerana kecomelan mereka.

Menerusi akaun Instagram, Tomok telah berkongsikan satu rakaman video di mana kelihatan anaknya Andrashah Iman sedang menyanyikan lagu di dalam bahasa mandarin. Kelancarannya mendendangkan lagu itu menjadi tumpuan ramai dan mendapat banyak pujian. Sedap pula suaranya.

Jom tonton video di bawah :

” Andra balik sekolah dengan lagu baru.. Tajuk lagu ni apa ya? Siapa tahu.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Pandainya Andra nyanyi mandarin.. Sebutan pun jelas.. “

” Sedap Andra nyanyi.. Pandainya.. “

” Halah-halah nyanyi pun hensem.. “

” Kecik-kecik suara dah sedap Andra ni.. “

” Alololo tomelnyaaa andraaa.. “

” Pandai Andra nyanyi.. Nanti besar hebat lagi pada papa ya.. “

” Andra yang comel dan ensem… Suara pun sedap nyanyi.. “

Seronok dengan Andra nyanyi sampai berulang kali ulang tayang. Suara yang sedap ada bakat untuk jadi sehebat papa ni. Apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan semoga Andra membesar menjadi anak yang bijak dan moga keluarga Tomok sentiasa di bawah lindungan Allah.. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Tomok by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK/ CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..