” Muka Kak Myra sangat.. “

Amyra Rosli Dedah Wajah Anak Perempuannya. Subhanallah Comel Sungguh !!

Pelakon cantik Amyra Rosli bukanlah satu nama baru. Lakonannya yang mantap dan penuh dengan penghayatan sering mendapat pujian ramai. Tengok sahaja lakonannya dalam drama Nur, mencipta fen0mena dan meraih banyak anugerah dan pengiktirafan.

Myra mula menceburi bidang lakonan pada tahun 2011 , namun hanya setelah lakonannya di dalam drama Tersuka Tanpa Sengaja dan Cik Bunga Encik Sombong membuatkan popularitinya menaik dan menjadi salah seorang aktress terkenal sebaris dengan artis popular lain.

Melangsungkan perkahwinannya pada November 2016 bersama aktor Amar Baharin, Myra dikurniakan seorang cahayamata lelaki bernama Aqeef Anaqi pada 15 Oktober 2017. Terkini pada 1 Februari 2020, Myra selamat melahirkan cahayamata keduanya seorang bayi perempuan.

Menerusi akaun Instagram, Amyra telah berkongsikan beberapa keping gambar puteri keduanya itu yang diberi nama Ayra Aryssa. Indahnya nama seindah wajahnya yang persis sama seperti wajah Amyra. Wah pasti cantik jelita bila dewasa kelak.

Jom baca kapsyen di bawah :

” Assalamualaikum everyone.. I am @ayraaryssa.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” So cute. She look like you.. “

” Comelnya ayraaryssa.. Semoga menjadi anak yang solehah.. “

” Woow tahniah.. Comeynya.. “

” Comelnyaaaa muka kak amyraaa.. “

” Muka kak Myra sangat.. “

” Congrats Myra.. Has your looks.. “

” Cantiknya ciptaan Tuhan.. “

Memang sama saling tak tumpah wajah Amyra si kecil Ayra Aryssa ni. Dah macam lihat Amyra di dalam versi baby pula. Comel tersangat-sangat. Kami di Berita Kopak mengucapkan sekali lagi tahniah di atas kelahiran cahayamata baru dan semoga Ayra akan membesar dengan sihat di bawah lindungan Allah selalu… Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Amyra Rosli by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK/ CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..