” Sorry lama tak update Instagram, jaga adik Ayra Aryssa. Peekaboo.. “

Aqeef Anaqi Kongsi Gambar Bersama Adiknya Ayra Aryssa. Gambar Last Tu Alahai Comelnya. Lovely Brother Lah Anaqi !!

Nama si cilik Aqeef Anaqi bin Amar bukanlah nama asing. Menjadi salah seorang di antara anak-anak selebriti yang popular di Malaysia, Anaqi menjadi tumpuan peminat. Anaqi yang merupakan anak kepada pasangan romantis Amar Baharin dan Amyra Rosli ini dilahirkan pada tanggal 15 Oktober 2017.

Dek kerana keterujaan peminat untuk melihat perkembangan Anaqi, maka terciptalah akaun sosial miliknya menggunakan nama @aqeefanaqi. Sehingga kini akaun ini telahpun diikuti seramai 693 ribu pengikut. Semua gambar dan video gelagat Anaqi membesar dikongsikan di akaun tersebut.

Tanggal 1 Februari 2020, secara rasminya Anaqi bergelar abang setelah ibunya Amyra selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Ayra Aryssa. Kehadiran adik yang sememangnya dinanti-nantikan oleh Anaqi sejak adiknya itu masih dalam kandungan lagi jelas terpancar di wajah Anaqi.

Menerusi akaun Instagram Aqeef Anaqi, telah dikongsikan beberapa keping gambarnya bersama adik perempuannya Ayra Aryssa. Gelagat dan mimik muka yang dipaparkan di dalam gambar tersebut sangat mencuit hati dan jelas terpancar sayangnya Anaqi pada adiknya itu.

Jom baca kapsyen di bawah :

” Sorry lama tak update Instagram, jaga adik @ayraaryssa. Peekaboo.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” So cute abang Anaqi.. “

” Alaolo baiknya abang.. “

” Sweetie brother.. “

” Eeee goodboynya abang anaqi.. “

” Pandainya abang dah boleh jaga adik ekk… “

” Alaaaaa sayangggg.. Be a good boy.. Insyallah aminnnnn.. “

” Bagus abang long.. “

” Awhhhhh comelnya dia ! Eeee ger4m.. “

Antara gambar lain yang dikongsikan :

Bagusnya Anaqi dah mula tunjuk sifat penyayang dia. Confirm jadi abang yang protective ni macam daddy jaga mummy. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Anaqi dan Ayra akan membesar dengan sihat dan selalu di bawah lindungan Allah.. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aqeef Anaqi, IG aqeef.anaqi by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK/ CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..