” Sama cantik, sama padan. Muka pun nampak nak sama.. ” – Netizen

Gambar-Gambar Pelakon Julia Farhana Sejurus Selepas Bergelar Isteri Kepada Dr Che Hafiz. Cantik Dan Berseri-Seri, Sepadan Sangat. Muka Pun Seiras, Kuat Jodoh Ni. Tahniah Julia Dan Suami !!

Menerusi laman Instagram pelakon Julia Farhana, telah dikongsikan khabar gembira tentang pernikahan antara Julia dan Dr Che Hafiz. Julia turut sama memapar beberapa keping gambar sesudah mereka sah menjadi pasangan suami isteri.

Menurut laporan Portal Kosmo, majlis pernikahan ini berlangsung pada 14 Disember yang lalu secara tertutup di mana hanya keluarga terdekat sahaja yang menghadirinya. Pada 14 November yang lalu, Julia telah pun memaklumkan kepada umum mereka telah bertunang dan bakal menikah dalam masa terdekat.

Di ruangan kapsyen, Julia mencoretkan ucapan maaf kepada semua kerana lewat memberitahu tentang perkhabaran barunya ini. Julia turut memohon doa yang baik-baik daripada semua untuk ikatan perkahwinannya ini dan agar perjalanan mereka sebagai suami isteri dipermudahkan. 

Gambar-gambar ini adalah unofficial photos dan bukan gambar rasmi majlis dan janji Julia, apabila siap sahaja gambar rasmi majlisnya ini, Julia akan kongsikan untuk tatapan semua. Alhamdulillah, sama cantik sama padan, bagaikan pinang dibel4h dua.

Jom baca perkongsian di bawah :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )

Lebih 10 ribu tanda suka telahpun dicatatkan untuk posting ini. Ucapan tahniah diberikan kepada pasangan mempelai dan antara komen-komen :

” Alhamdulillah, congrats sayang. im so happy for you dear. Till jannah both of you, Aamin.. “

” Congratulations Ju, you two look so good together masyaAllah. Too beautiful you are. Lot’s of Love, happiness.. today & beyond.. “

” Alhamdullilah.. congratulations.. Selamat pengantin baru.. moga kekal berbahagia bersama suami hingga ke syurga.. “

” Congratulations sweetheart, You look beautiful. Semoga jadi isteri yang terbaik dn lebih baik.. “

” Tumpang bahagia, semoga hingga ke jannah. Sama cantik, sama padan. Muka pun nampak nak sama.. jodoh kuat ni.. “

” Tahniah muka seiras, simple tapi cantik both pengantin. Less is more, semoga berkekalan hingga ke syurga.. “

” Tahniah Julia dan Dr Che Hafiz, muka serupa lah. Manis sangat Julia bertudung, berseri-seri.. “

Tahniah dan selamat pengantin baru daripada kami di Berita Kopak buat Julia dan Dr Che Hafiz. Semoga ikatan perkahwinan yang dimeterai ini sentiasa aman damai dan berkekalan sehingga ke akhir hay4t. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Julia Farhana Marin, IG Dr Che Hafiz, Portal Kosmo

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..