” Mampu jer1t jer tangok video Kak Yatie ni, untung lah.. ” – Netizen

Yatie Sendayu Tinggi Kongsi Video Satu Flight Bersama Pelakon Terkenal Korea, Lee Jae Wook Buat Ramai Teruja. Wow Memang Dekat Betul Seat Yatie Dengan Lee Jae Wook, Untung Lah !!

Meninjau di akaun Instagram milik Yatie Sendayu Tinggi telah berkongsi satu video yang memaparkan dirinya telah menaiki satu kapal terbang bersama pelakon Korea yang dikenali sebagai Lee Jae Wook.

Menerusi video itu, tulis Yatie pada awalnya dirinya tidak tahu yang berada di bahagian seat belakang tersebut adalah pelakon Korea yang diminati ramai. Namun ketika membuat video tersebut, ada peminat telah memberitahu yang lelaki itu adalah Lee Jae Wook.

Difahamkan Yatie dan keluarga sebelum ini telah menikmati percutian di negara Korea. Ketika pulang ke tanah air, tidak disangka yang penerbangan mereka turut ada bersama Lee Jae Wook yang telah datang ke Malaysia untuk bertemu para peminatnya di sini.

Seloroh Yatie di kapsyen yang dirinya tidak sempat menemuramah Lee Jae Wook untuk para peminat kerana tidak mengenalinya. Sehingga kini, video tersebut telah mendapat ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Pelbagai respon diberikan warganet setelah menonton video yang dikongsikan oleh Yatie. Antara komen-komen menarik adalah :

” Mampu jer1t jer tangok video Kak Yatie ni, untung lah dapat tengok depan2 Lee Jae Wook, hahaha.. “

” Haha paling kelakar tgk live bila Kak Yatie cakap tak kenal pun, kita yang mak2 ni memang lah tak kenal, kalau anak2 tu mahu menjer1t kalau tahu tu Lee Jae Wook.. “

” Omg baru habis tgk ep4 Alchemy of Souls. Ya Allah best nya dpt satu flight dengan si kacak ni, untung lerrr Kak Yatie.. “

” Uishh dekat je dengan Jae Wook tu. Kalau saya artis Korea saya kenal Blackpink je. Pelakon ke bts ke semua nampak sama je muka diorang. Maaplah, hakak tak reti, hahahahaa.. “

” Mahu menang1s peminat Lee Jae tengok ni, hahahaha. Untung badan tak payah nk berebut2 dengan orang nk tengok Jae.. “

 ” Pergh memang betul la Jang uk tu flight yg sama. Tengok ig Lee Jae Wook mmg dia dh smpai Malaysia.. “

” Hahahaha hakak yang berdeborrr, sebab benda2 mcamni takkan berlaku dekat fans kdrama, hahaha.. “

Wah, ini lah dinamakan rezeki yang tak disangka, dapat tengok secara live Lee Jae Wook tanpa berebut-rebut dengan orang ramai. Rupanya ramai betul yer yang meminati Lee Jae Wook, dengar kata ramai yang menunggu di lapang terbang menyambut kedatangan Laee Jae Wook.

Silakan SHARE..

Sumber : IG yatie_kmrzmn, lee_jaewook98

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..