” Tokti ni kalau muka tak ready nak ambil gambar pun cantik.. ” – Netizen

Gambar Dato’ Seri Siti Nurhaliza Sedang Bersiap Sebelum Buat Persembahan Cur1 Perhatian Warganet. Wah Lain Betul Makeup Tokti Kali Ni, Nampak Natural Sangat. Gambar Tengah Pakai Lipstick Tu Paling Vogue !!

Meninjau di akaun Instagram milik penyanyi Dato’ Seri Siti Nurhaliza telah berkongsi beberapa gambarnya sedang bersiap sebelum mengadakan persembahan. Difahamkan Dato’ Seri Siti telah mengadakan persembahan di Majlis A Night To Remember di Persada Johor International Convention Centre.

Kelihatan dalam gambar tersebut Dato’ Seri Siti mengenakan baju dan tudung berwarna hitam dan beberapa orang pembantu menyiapkan Dato’ Seri Siti. Dato’ Seri Siti telah mengenakan khidmat jurumekap terkenal, Epie Temerloh dan hasilkan memang sangat cantik.

Ada yang menyatakan solekan yang natural seperti itu membangkitkan seri wajah Dato’ Seri Siti. Bukan itu sahaja, ada juga peminat menyukai gambar candid Dato’ Seri Siti ketika memakai lipstick yang dikatakan sangat cantik.

Selain itu, pada posting yang lain, Dato’ Seri Siti mengenakan baju berwarna kuning dan memakai crown di atas tudung. Sehingga kini posting yang dikongsikan oleh Dato’ Seri Siti itu telah menerima ratusan komen dan puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Ikuti perkongsian di bawah ini :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan oleh warganet dan rata-rata mereka menyukai penampilan Dato’ Seri Siti. Antara komen-komen menarik adalah :

” Tokti ni kalau muka tak ready nak ambil gambar pun cantik, macam anak patung. Kena kat aku, pec4h lensa camera kot, haha.. “

” Confident nye mak iti post gmbr yg pkai gincu tu wlaupun tk ready tpi mak iti ttap nampak cantik sangat.. “

” Gambar pertama paling cantik. Gambar yang jel1ng tu pun cantik smpai nak pengsan. Mak Iti ni memang sesuai pakai tudung bawal lah.. “

” Yess ni baru solekan yang sempurna untuk Tokti. Dia dah naturally cantik, tak perlu nak over makeup sgt.. “

” Cantiknya tok ti terus nampak awet muda kalau pakai bawal, memang lawa sesangat lah. Good luck tok ti.. “

” Sukanyaaa tengok Tokti pakai tudung bawal, nampak macam belum berkahwin lgi Dato Ct mcm ank dar4.. “

” Beautiful legend, tak pernah tak cantik dari dahulu lagi. Dah nampak Aafiyah besar nanti akan cantik macam Siti.. “

Memang cantik sungguh Dato’ Seri Siti, lagi-lagi apabila memakai tudung jenis bawal seperti itu, automatic nampak remaja. Apa-apa pun semoga segala urusan Dato’ Seri Siti dipermudahkan dan sentiasa bahagia bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG ctdk

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..