” Sah sekali lafaz. Tahniah Kak Lina Pompom.. “

Video Live Majlis Pernikahan Dan Persandingan Elly Mazlein Dan Azlan. Cantiknya Kak Lina, Bagai Pinang Dibel4h Dua !!

Hari ini merupakan hari paling bersejarah buat Elly Mazlein kerana beliau akan menamatkan zaman ibu tunggal dengan jejaka pilihannya seorang guru yang berasal dari Kelantan. Elly memilih Azlan yang lebih dikenali dengan gelaran Papa Awan Nano.

Terdahulu, Azlan telah merisik Elly pada 19 oktober tahun lalu dan kemudiannya  melangsungkan majlis pertunangan mereka pada 17 November tahun lalu. Sepanjang tempoh perkenalan sehingga ke pertunangan, Elly menyorok wajah bakal suaminya ini.

Sehinggalah semalam pada Majlis Malam Berinai, Elly telah mendedahkan wajah Azlan kepada umum. Hal ini sememangnya dinanti-nantikan oleh seluruh peminatnya dan ternyata suami Elly sangat handsome dan sepadan dengan Elly bak kata pepatah bagai pinang dibel4h dua.

Melalui akaun Instagram, video lafaz akad nikah Elly telah dikongsikan. Pasangan ini telah menggunakan khidmat perkahwinan dari Rekateemor dengan tema Malam Bulan Di Pagar Bintang. Pastinya majlis pasangan ini penuh gilang-gemilang.

Tonton video di bawah :

” Sah sekali lafaz. Tahniah Kak Lina Pompom @iamellymazlein dan cikgu Azlan.. “

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada pasangan ini. Antara komen-komen mereka :

” Semoga berbahagia selamanya.. “

” Alhamdulilah tahniah k Lina pompompom.. “

” Taniah @iamellymazlein kepompom.. “

” Alhamdullilah congrt @iamellymazlein.. “

” Tahniah @iamellymazlein.. lina pom pom… “

Wah, berseri-seri pasangan pengantin. Sama cantik dan sama padan.Kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah kepada Elly Mazlein dan suami. Selamat Pengantin Baru dan semoga jodoh Elly dan Azlan berkekalan sehingga akhir hayat.

Tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG ABPBH dan Youtube Dunia Elly Mazlein by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..