” Meriah, macam kenduri nak sambut menantu.. “

Video Persiapan Majlis Kesyukuran & Aqiqah Anak Dato’ Alif Dan Datin Shahida, Raudhah Arshiyah. Woww… Majlis Gilang Gemilang Bernilai RM400 Ribu !!

Pasangan suami isteri dan juga pengasas produk kosmetik D’herbs dan AS LEGACY, iaitu Dato’ Aliff Syukri dan Datin Shahida Rashid telah mendapat zuriat baru mereka 19 Disember 2019 tahun lalu di Pusat Perubatan Gleneagles, Kuala Lumpur. Pasangan ini sebelum ini telah mempunyai 4 orang cahaya mata hasil perkahwinan mereka 11 tahun dan turut menjaga seorang anak angkat.

Perkahwinan di usia muda bukan penghalang untuk pasangan ini mengejar bahagia dan berjaya dalam kehidupan. Mula berniaga di awal perkahwinan dan siapa sangka kini pasangan ini adalah antara jutawan di Malaysia. Pasangan ini juga sebelum ini tidak sabar menantikan akan kelahiran anak kelima mereka.

Nama D’herbs dan AS Legacy sememangnya terkenal ke Indonesia dan Brunei. Pasangan romantik ini mula berkenalan setelah bersama-sama menjayakan iklan syampu pada masa dahulu, dan selepas itu, pasangan ini sama-sama bekerja di bawah syarikat ibu Dato’ Aliff Syukri iaitu Puan Rozita Ibrahim.

Menerusi perkongsian terkini di akaun instagram milik Dato’ Aliff Syukri, beliau telah berkongsi satu video mengenai persiapan untuk majlis cukur jambul untuk anak kelima beliau iaitu Raudhah Arshiyah. Melihat sahaja pada persiapan untuk majlis itu, sudah pasti majlis itu gilang gemilang. Dikatakan bernilai RM400 Ribu. Wowww !!

Ikuti perkongsian Dato’ Aliff di bawah :

” Persediaan jam 2 pgi.. Esok Allah benda yang paling pening nak saya lakukan untuk membuat majlis yang penuh meriah di mana seluruh keluarga saya akan dtg utk majlis Cukur jambul raudah .. “

” Yang dihadiri lebih daripada 2000 orang .. doakan semuanya dipermudahkan amin-amin robal alamin kalau korang nak tengok bagaimana persiapan dan plan main Dodoi anak saya korang boleh bagi dekat YouTube saya-saya akan update di sana semestinya tv Telajak laris.. “

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan semoga majlis cukur jambul untuk Raudhah berjalan dengan lancar. Antara komen-komen tersebut :

” Saya nak ucapkan tahniah kpd Dato kerana dapat menjamuselera kpd org ramai.. “

” Moga segalanya bjln lancar dato.. “

” Meriah. Mcm kenduri nak sambut menantu.. “

” Tahniah .. Exclusive nampak. Baru cukul jambul. Mcm mana nanti wedding anak2 Dato pulak.. “

” Be a good girl for tomorrow raudhah.. Jangan nangis.. “

” Semoga di mudahkan segala urusan dan majlis berjalan lancar Dato.. “

” Aamiin semoga dipermudahkn Dato.. Bestnya meriah jer tengok rumah dato .. Hari2 ramai org.. “

Wahhh !! Meriahnya majlis tersebut. Ini baru majlis Aqiqah, nanti kenduri kahwin atau sambut menantu entah macam mana pula. Mesti lagi gilang gemilang. Raudhah makin membesar, makin terserlah comelnya. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak mengucapkan tahniah pada Dato’ Aliff serta Datin Shahida atas majlis tersebut, semoga Raudhah menjadi anak yang solehah. Amin.

Tonton video penuh di bawah ini :

Silakan SHARE.

Sumber :  IG Dato’ Aliff Syukri, Datin Shahida Rashid, Youtube TV Terlajak Laris by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..