” Makin berseri Datin sekarang.. “

Datin Shahida Kongsi Gambar-Gambar Sekitar Majlis Kesyukuran Dan Aqiqah Raudhah Arshiyah. Wah, Cantik Sungguh Datin Dan Comelnya Raudhah !!

Sebut sahaja nama Dato’ Aliff Syukri, pasti ramai mengenali jutawan kosmetik ini. Beliau juga merupakan anak kepada pengasas kosmetik Sendayu Tinggi iaitu Rozita Ibrahim. Pada 20 Disember lalu, Datin Shahida telah selamat melahirkan puteri bongsu mereka yang merupakan anak kelima dalam keluarga.

Bayi ini diberi nama Raudah Arshiyah telah diberikan oleh ibu Dato’ Aliff iaitu Bonda Rozita. Pada awalnya berlaku k0nflik antara mereka dalam menamakan bayi tersebut. Namun akhirnya Dato’ Aliff akur menggunakan nama pilihan ibu dan isterinya.

Pasangan ini mempunyai empat orang lagi anak yang lain iaitu Ammar Ahyyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham
dan Yusuf Al-Qardawy serta seorang anak angkat perempuan bernama Ameena. Menurut Dato’ Aliff, beliau sememangnya menginginkan anak yang ramai.

Menerusi akaun Instagram, Datin Shahida berkongsi gambar-gambar sekitar Majlis Kesyukuran & Aqiqah Raudhah Arshiyah Binti Aliff Syukri yang diadakan pada hari ini. Majlis yang diadakan di kediaman Dato Aliff dilihat begitu mewah sekali.

” Majlis Kesyukuran & Aqiqah Raudhah Arshiyah Binti Aliff Syukri.. “

Rata-rata netizen memuji penampilan Datin Shahida yang begitu cantik sekali. Antara komen-komen mereka :

” Cntik nye datin.. “

” Alhamdulillah…. semoga dimurahkan rezeki selalu… yg penting datin cantik n dato hensem.. “

” Dua2 cantik mcm dlm citer alam kayangan.. “

” Semoga baby membesar jadi anak penyejuk mata mama dan abah. Aamiin.. “

” Cantiklah warna baju datin n family.. “

” Makin berseri datin sekarang.. “

Lagi gambar sekitar majlis yang dikongsikan :

Cantik dan indah tema warna yang dipilih untuk Majlis Kesyukuran dan Aqiqah anak bongsu Dato’ dan Datin’. Semua serba sedondon satu keluarga. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Raudhah Arshiyah membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah di dunia dan akhirat. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Datin Shahida by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..