” Rina tak faham bahasa English saya kena m4lu ke ? ” – Maryam You Narae

Terima Krit1kan Kerana Anak Tidak Faham Bahasa Inggeris, Ini Respon Maryam You Narae Yang Buat Ramai Buka Mata. Alahai Sibuk Pula Nak Pertikaikan Bahasa Anak Orang Kan. Memang Ada Betulnya Apa Yang Maryam Katakan !!

Meninjau ke akaun Instagram Maryam You Narae, Maryam telah berkongsi satu situasi yang dialami olehnya baru-baru ini ketika dia meletakkan anaknya di sebuah taman permainan di Ikea sementara hendak membeli barang.

Rina dit1nggalkan bersama seorang pembantu dan apabila Maryam hendak mengambil semula Rina, pembantu tersebut menceritakan sesuatu yang berlaku ketika Rina ditinggalkan. Rina telah ditegur oleh seseorang dalam bahasa Inggeris namun dilihat Rina tidak memahami bahasa tersebut.

Lalu Rina telah dilabelkan sebagai seorang kanak-kanak yang kes1an kerana tidak boleh memahami bahasa Inggeris. Mendengarkan perkataan ini, Maryam telah meluahkan cara didikan bahasa untuk anaknya Rina.

Maryam lebih mengutamakan bahasa ibunda iaitu bahasa Korea dan juga bahasa Melayu berbanding bahasa lain. Apabila sudah menguasai bahasa ibunda dengan baik, tidak salah untuk mempelajari bahasa lain.

Jom lihat perkongsian di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan pendapat Maryam. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” She just a baby apahal org tu nk kesian kes1an apooo.. Sibuk pulak dia nk pertikai penggunaan bahasa anak org. Lain org lain cara didikan. yg penting jaga adab.. “

” Paling kes1an ada yang tak pandai pun nak cakap bahasa melayu. Walau duduk Malaysia. BANGGA sangat dengan bahasa ibunda kita.. “

” Yg cakap mcm tu lagi kes1an sebab tak bangga dgn bahasa sendiri. Kita paling tabik dgn Jepun sbb sangat2 bangga dgn bahasa diorang.. “

” Bagusss mematabatkan bahasa ibunda sendiri. bior kan mereka dgn english2 mereka itu… anak2 mereka tahu bercakap je tunggu la masuk sekolah.. “

” Setuju sangat2! Ni la i cakap kat suami i. I pon akan ajar anak i cakap bahasa melayu and kyrgyzstan . English tu bila dia dah boleh bersekolah boleh je suruh belajar english.. “

” Betul, Syabas pade Ibu dan ayah Rina Utama kan Bahasa kita ..  Very well said Zaman sekarang orang Malaysia sendiri lupakan asal usul.. “

” Kesian dia, dia bdk kecik pun nak judge mcm tu. Dasar kurang kasih sayang. Paling tak tahan mak ayah memang melayu tapi anak2 tak tahu berbahasa melayu.. “

Ada betulnya apa yang dikatakan oleh Maryam dan disebabkan ini kita melihat negara Jepun dan Korea amat mementingkan bahasa ibunda mereka. All the best buat Maryam dalam mendidik Rina. Tak sabar hendak mendengar Rina boleh bercakap Korea dan bahasa Melayu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Maryam You Narae

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..