” Punya sempoi tuanku YDPA, sampaikan pakai topi terbalik nak memancing.. ” – Netizen

Video Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Dan Raja Permaisuri Agong Memancing Ikan Raih Perhatian Ramai. Wah Semp0i Sungguh Gaya Tuanku. Part Masa Dapat Ikan Tu Nampak Seronok Sangat Pasangan Di-Raja Ini !!

Sikap rendah diri dan tidak somb0ng Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah sememang amat disenangi oleh kebanyakan rakyat jelata.

Meninjau ke akaun Instagram Istana Negara, sebuah video ketika pasangan Di-Raja ini meluangkan masa bersama rakyat pergi memancing ikan telah meraih perhatian ramai. Perkongsian video ini telah meraih 49 ribu tanda suka daripada warganet.

Sultan Abdullah telah meluangkan masa memancing di kolam pancing Afprow 3, Templer Saujana Rawang, Selangor pada 5 Januari yang lepas. Gaya semp0i Tuanku yang memakai topi, t-shirt dan berseluar slack membuatkan ramai memuji sikap humble baginda.

Pasangan Di-Raja ini nampak begitu seronok terutamanya apabila berjaya memancing seekor ikan. Orang-orang di sekeliling baginda juga nampak begitu selesa dan teruja dapat bersama-sama baginda memancing di kolam tersebut.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang memuji sikap humble pasangan DiRaja ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Awesome YDPA n Tunku Azizah.. menikmati hobi seperti rakyat biasa.. Aku pula tersenyum sorang-sorang¬†best tgk YDPA giniii.. “

” Punya sempoi tuanku YDPA smpkn pakai topi terbalik nk memancing… nmpk sgt enjoy dgn ape yg tuanku buat tu..masya Allah.. “

” Alhamdulillah sehat selalu tuanku dan permaisuri best yer bila tgok mrka Happy enjoy di masa tua yg seronok bersama rakyat ye.. “

” Daulat Tuanku ¬†alaaaahaiiiii sweet sgt sgt nya King Queen kita ni.. Amboi amboii.. admin istana negara guna bgm lagu crush gittewww.. “

” The best ever Yang Di Pertuan Agung.. humble, santai, approacable, down to earth… alhamdulillah.. we blessed having you Tuanku.. Daulat Tuanku.. “

” Terbaik tuanku.. suke sangat tengok tuanku sporting macam ni… Allah Peliharakan dan Berkati DYMM YDPA dan HRH Raja Permaisuri Agong Selalu.. Ameen Ya Rabbal Al Amin.. “

” Tuanku permaisuri punya gaya comel betul…. Semoga tuanku ber2 sentiasa dilindungi.. sempoi tuanku dgn topi terbalik.. “

Dapat dilihat di ruangan komen juga ramai yang amat menyenangi sikap Seri Paduka Baginda dan isteri. Semoga pasangan Di-Raja ini sentiasa diberikan kesihatan yang berpanjangan dan kehidupan yang sentiasa bahagia.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Istana Negara

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..