” Riangnya hati seorang ibu. Dapat ciuman kasih sayang dari seorang anak.. “

Video Ucapan Hari Lahir Harris Anuar Kepada Ibunya, Kak Ton Buat Ramai Menang1s. Wah, Sweet Sangat !!

Mohammad Harris bin Shahrul Annuar merupakan seorang model dan pelakon. Beliau ialah bekas peserta Hero Remaja 2017/18 dan berjaya memenangi tempat ketiga. Harris ialah adik kepada pengacara TV, Nadia Annuar dan sepupu kepada Neelofa.

Harris merupakan anak kepada jutawan kosmetik popular iaitu Zaiton Hassan atau lebih dikenali sebagai Kak Ton. Harris yang dilahirkan pada 14 Mei 1993 ini mempunyai pendidikan dalam jurusan seni bina. Harris turut melibatkan diri dalam dunia seni.

Selain itu, Harris turut membintangi beberapa buah drama bersiri popular seperti Jangan Padam Rindu, Isteri Bukan Untuk Disewa dan Lelaki Kiriman Tuhan. Harris juga pernah muncul dalam video klip Elizabeth Tan untuk lagu Police Entry.

Menerusi akaun Instagram, Harris membuat kej0tan kepada ibunya dengan memberi ucapan Selamat Hari Lahir kepada ibunya. Ucapannya itu turut menyentuh hati ramai netizen. Melalui video ini, kita dapat lihat betapa akrabnya hubungan dua beranak ini.

Tonton video di bawah :

” Happy Birthday Mummy “

Rata-rata netizen memuji cara Harris menghargai ibunya. Antara komen-komen mereka :

” ‘Pakai telekung lagi’ katanya.. Alahai comel jeee.. “

” Lahai touching kita.. “

” Sweetnya dengan mommy.. “

” Seronok ada ibu.. Happy besday aunty.. “

” Mata masuk habuk.. “

” Baguslah kau ni.. Macam ni la kita patut contoh.. “

” Riangnya hati seorang ibu.. Dpt c1uman kasih syg dr seorang anak.. “

” Takleh tgk.. Tiba-tiba sedih.. Hb aunty.. “

” Nak nangis tgk video ni.. Bcoz my mom dh tkde.. “

Alahai, sweet sungguh Harris dengan ibunya, kak Ton. Kami di Berita Kopak turut mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Kak Ton. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki serta berbahagia di samping keluarga tercinta. Aminn..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Harris Anuar by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..