” Alololololo.. Rindu tapi eksyen nooooo.. “

Paknil Kongsi Video Cucu Kembarnya Asyik Teng0k Atok Dalam TV. Aduhai Si Kembar Rindu Dalam Diam Ke Tu..

Sebut sahaja nama Paknil, umum mengetahui kepetahan dan keceriaannya. Sikapnya yang sentiasa gembira membuatkan wajahnya sentiasa kelihatan muda. Paknil dilahirkan pada 6 November 1962 di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Dikala umurnya sudah memasuki usia 57 tahun, tidak sedikit pun kelihatan aura tua di raut wajah Paknil. Malahan dilihat seperti sebaya apabila bersama anak-anaknya.

Paknil memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi yang diperolehi dari pengajiannya di Universiti Malaya. Di usia 28 tahun, Paknil memulakan kerjaya di dalam bidang penyiaran. Satu demi satu profesion diterokai Paknil. Penyiaran, lakonan, nyanyi hatta pengacaraan semuanya sudah sinonim dengan nama Paknil. Rancangan Pop Kuiz, Macam-macam Aznil, Tom Tom Bak dan Akademi Fantasia merupakan antara rancangan yang menaikkan nama Paknil.

Pernah berkahwin suatu masa dahulu, namun perkahwinan Paknil tidak bertahan lama. Hasil perkahwinan yang lalu, Paknil dikurniakan tiga orang anak bernama Fildza Haifa, Fariq Haizen dan Firdaus Hariz. Sebelum ini Paknil tidak pernah menunjukkan wajah anak-anaknya di laman sosial kerana menghormati privasi anak-anaknya.

Terkini Paknil lebih terbuka dengan menghiasi akaun Instagram miliknya dengan klip-klip video Paknil bersama cucu kembarnya Raeez dan Reefa.

Menerusi akaun Instagram, Paknil berkongsi video dimana cucu kembarnya asyik menonton dan melihat wajah Paknil di kaca televisyen. Apa yang kelakarnya, bila Paknil berada di hadapan mereka, samada Raeez atau Raefa masing-masing tidak mahu ngam dengan atoknya. Puas dipujuk dengan macam-macam cara, hinggakan Paknil mewujudkan hashtag #bukanteampaknil.

Jom tonton video dibawah :

” Oh.. Belakang-belakang Paknil, macam ni rupanya cucu #atok2.. “

” Aduhai si kembar @raeez_._reefa kenapa yang jual mahal sangat?.. “

Rata-rata peminat yang mengikuti perkembangan Paknil bersama cucu-cucu kembarnya men1nggalkan komen yang kelakar. Antara komen-komen peminat :

” Alololololo.. Rindu tapi eksyen nooooo.. “

” CucuĀ²-cucu atok terkes1ma.. Awatlah atok kami duk makan tak pelawa sama.. “

” Masa jumpa depan-depan.. Dalam hati cucu-cucu macam pernah tengok atok ni kat tv.. “

” Die lebih suke tengok dalam tv kottt.. Tu bile tengok depan-depan die hairan.. Aik boleh pulak keluar dari kotak tv tu.. “

” Oh.. Cucu-cucu pak nil terkedu laaaa.. Tok wan depa famous.. “

” Mesti cucu-cucu her4n, macamana atok ni ada dalam TV pulak eh?.. “

” Cucu kata awat atok ada di mana-mana ni.. Mengh4ntui sungguh.. “

” Dia orang malu-malu meow dengan Atok.. “

” Biasala tu paknil.. Mula-mula kenal memang meng4da-ng4da sikit babies tu.. Esok-esok kang, bila jumpa je.. Mer4ung tak nak pis4h.. “

Terhibur betul dengan aksi-aksi Paknil memujuk cucu-cucunya. Mana cucu tak heran, atok dah nampak sebaya dengan mak dan ayah sendiri. Pasti peminat ternanti-nanti apa lagi rancangan Paknil selepas ini untuk mengambil hati cucu-cucu kembarnya itu.

Apa yang pasti semuanya mencuit hati peminat. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga semua usaha-usaha Paknil membuahkan hasil dan hashtag #bukanteampaknil akan bertukar kepada #teampaknil selepas ini. Selamat berusaha Paknil !!

Silakan SHARE..

Sumber : IG Datuk Aznil Hj Nawawi by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..