” Power la diorang nyanyi. Terbaik anak-anak Lan Solo.. “

Video Anak-Anak Lan Solo Menyanyi Lagu ‘Senorita’ Mengagumkan Para Peminat. Part Rap Tu Hebat Gil4 !!

Lan Solo sebelum ini dikenali sebagai Lan Kristal. Ini kerana sebelum ini Lan merupakan bekas vokalis Kumpulan Kristal dari tahun 1999. Pada tahun 2017, Lan membuat keputusan mengundur diri daripada kumpulan yang dianggotainya itu. Nama sebenar Lan ialah Mohd Razlan bin Mohamed Yusof.

Selepas keluar daripada kumpulan tersebut, Lan menukar namanya kepada Lan Solo. Lan pernah menjadi salah seorang daripada peserta Gegar Vaganza musim ke-4 pada tahun 2017 di mana beliau mendapat tempat ke-3. Kemantapan vokal Lan menyebabkan beliau begitu diminati ramai.

Lan begitu selesa menyampaikan lagu-lagu Melayu pop rock. Lan telah berkahwin dengan Nur Sheila Hassim pada tahun 2009. Mereka dikurniakan seramai empat orang cahaya mata iaitu 3 daripadanya perempuan dan seorang lelaki.

Menerusi akaun Instagram, Lan berkongsi video anak-anaknya menyanyi lagu english berjudul ‘ Senorita’. Ia merupakan permintaan peminat yang ingin mendengar suara anak-anak Lan Solo menyanyi. Sememangnya berbakat anak-anak Lan Solo.

Tonton video di bawah :

” Video sukastika baru dah up kat YouTube gaisss.. . Sebelum ni lagu jer1t2 kan..? Haaa.. utk kali ni LS layan beberapa permintaan yg nak tgk anak2 LS nyanyi.. so LS belanja skit okayyy.. nak layan FULL boleh terus pi YouTube channel Lan Solo ! . Moga terhibur ! . “

Rata-rata peminat memuji kemerduan suara anak-anak Lan Solo. Antara komen-komen mereka :

” So sweet.. Merdunya suara budak-budak ni.. “

” Alahai cutenya.. “

” Wah pandainnya anak-anak Lan Solo menyanyi mcm bapaknya juga.. “

” Bijak sgguh la depa ni nyanyi omputih.. “

” Alahai terbuai-buai dgr.. Mana tak tump4hnya kuah kalau tk ke nasi.. “

” Pelapis bapak ni.. Terus berjaya ye semua.. “

” Power la diorang nyanyi… terbaikkk anak2 lan solo “

” Mantap la.. Terbaik.. Abg Lan Solo mmg idol saya.. “

Wah, tak sangka anak-anak Lan Solo berbakat seperti bapanya. Walaupun menyanyi lagu berbahasa inggeris namun sebutan mereka begitu jelas sekali. Nanti dah besar boleh jadi penyanyi popular seperti bapanya. Begitu berbakat sekali !

Tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG & Youtube Lan Solo by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..