” Rare birthday party Fatima, theme jawi dan Islamik lagi.. ” – Netizen

Gambar-Gambar Dan Video Sekitar Majlis Sambutan Hari Lahir Anak Nur Fazura, Nur Fatima Aisya Yang Pertama. Wah Cantiknya Kek Fatima, Kalah Kek Mommy Dan Daddy. Unik Sungguh !!

Terasa cepat masa berlalu dan kini permata hati Nur Fazura dan Fattah Amin telahpun genap setahun usianya. Dilahirkan pada 2 Oktober tahun lalu, Nur Fatima Aisya membesar menjadi bayi yang comel dan sihat.

Meninjau akaun Instagram Fazura, telah dimuatnaik beberapa keping gambar dan satu video yang memaparkan suasana ketika mereka menyambut hari lahir Fatima. Untuk makluman, sebelum ini tema birthday Fattah berwarna biru dan Fazura pula berwarna merah jambu.

Kini giliran Fatima, warna purple dan merah jambu menjadi kombinasi untuk majlis ini. Fatima seperti biasa, tampil cute dengan gaun dan reben di kepalanya. Tulis Fazura, walaupun ini hanyalah sambutan kecil untuk Fatima, namun Fazura berharap Fatima akan mengingatinya.

Selain wajah 3F yang tidak jemu dipandang ini, tentunya pemilihan kek untuk Fatima jadi tumpuan. Fazura memilih dekorasi masjid sebagai kek Fatima kerana minat Fatima terhadap azan dan suka berdoa.

Jom baca perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya.. )

Perkongsian oleh Fazura ini telahpun merekodkan hampir 80 ribu likes setelah 2 jam dikongsikan kepada umum. Antara komen-komen peminat :

” Ala so comel cik Timah kita. Happy birthday sayang. Asal cute sangat Fatima ni, that cheeky smile, ger4m je tengok.. “

” Happy birthday princess Fatima. Comelnya dia buat muka gitu, rasa nak pic1t pic1t je. Wah kek Fatima, lain dari yang lain. Kreatif betul.. “

” Masha Allah kek Fatima tu, kena sangat dengan minat suka dengar azan tu kan. Alahai cutenya gambar ketiga tu haha.. “

” Yang ditunggu tunggu, Fatima cute as always. Yang buat muka tu ee comel sangat lah Fatima. Senyum dia ca1r hati tengok.. “

” Cake tu sebab fatima terlalu suka dengar azan kan. Good girl fatima ni, yang penting zirafah dia tak t1nggal hehe. Penyayang sungguh macam mommy.. “

” Rare birthday party Fatima, theme jawi dan islamik lagi. Love sangat tengok, didoakan semoga Fatima menjadi anak yang solehah. Sayangnya nk potong kek gemp4k tu.. “

” Cantiknya kek Fatima tu, simbolik betul kan dengan anak bertuah ni. Gambar ketiga tu, alahai muka cebek pun comel.. “

Semakin besar semakin comel puteri kesayangan Fazura dan Fattah ni. Kek masjid itu juga betul-betul menarik perhatian peminat. Apa pun, kami di Berita Kopak mengucapkan happy belated birthday buat Fatima dan semoga menjadi anak yang solehah untuk daddy dan mommy.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fazura, Fattah Amin, Fattzuralovelife

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..