” Cantiknya Uqasha, Nely kalau tak buat hal memang tak sah, haha.. ” – Netizen

Video Dan Gambar-Gambar Uqasha Senrose Bersama Adik-Beradiknya Dan Sahabat Terdekat Ketika Di Majlis ‘Bachelor Party’. Part Nelydia Senrose Pakai ‘Bride To Be’ Tu Kelakar, Comel Habis Gayanya Tu !!

Sebelum ini pasangan popular Uqasha Senrose dan juga Kamal Adli mengesahkan tidak lama lagi mereka bakal diijabkabulkan. Namun kedua-dua mereka ini masih enggan berkongsi tarikh pernikahan mereka kepada umum.

Terbaru, di akaun Instagram milik Inaijari dan fans Uqasha, telah berkongsi beberapa gambar dan video sekirar majlis ‘ Bachelor Party’  Uqasha Senrose bersama adik-beradiknya dan sahabat terdekat yang lain.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai. Manakan tidak, Uqasha kelihatan sangat cantik dalam majlis tersebut dan gelagat adik Uqasha, Nelydia Senrose yang memakai ‘bride to be’ dalam video itu turut mencuit hati.

Selain itu, meninjau di akaun Instagram milik tunang Uqasha, Kamal Adli turut berkongsi gambar Uqasha dan menitipkan doa semoga segala urusan perkahwinannya akan dipermudahkan. Malah Kamal juga turut memuji kecantikan bakal permaisuri hatinya itu.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :

( Klik butang KANAN > untuk menonton video seterusnya.. ) 

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, ramai yang turut memberikan kata ucapan tahniah serta ucapan yang baik-baik buat pasangan ini. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Comel-comel semua adik beradik Uqasha ni. Semoga segala urusan Uqasha dan Kamal dipermudahkan, amin.. “

” Wahh rasa tak lama dah Uqasha ni bakal jadi suri hati Kamal. Entah2 minggu ni, semoga segalanya berjalan dengan lancar.. “

” Nely kalau tak buat hal memang tak sah, haha sempat lagi tu buat peranga1 comel dia, memang akrab betul adik beradik mereka ni.. “

” Cantiknya Uqasha, tak jadi raja sehari lagi pun dah cantik, memang macam barbie doll lah Uqasha ni.. “

” Wah dah ada bau nasi minyak, semoga urusan Uqasha dan Kamal untuk mendirikan masjid akan dipermudahkan, insyaallah.. “

” InsyaAllah semoga dipermudahkan segala urusan Kamal dan Uqasha sampai ke jinjang pelamin dan bahagia sampai ke akhir hay4t.. “

” Tak sabar lah nak tengok Uqasha jadi pengantin baru. Semoga segala urusan majlisnya akan dipermudahkan.. “

” Cantik sangat, Kamal please jaga ksygan kami elok-elok. Smga dipermudahkan urusan Kamal Qasha.. “

Terdahulu, Kamal telah melamar Uqasha secara langsung di Anugerah MeleT0P Era 2020 pada Disember tahun lalu dan pasangan ini mengikat tali pertunangan pada April lalu. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak turut mendoakan semoga segala urusan bakal raja sehari ini akan dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Inaijari, _sk_aa_ns, Kamal Adli, Uqasha Senrose

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..