” Alhamdulillah ada waris yang bagus, rezeki Tok Sidang dan Puan Sheila.. ” – Netizen

Jinggo Kongsi Video Anak Sulungnya, Uzair Haqimy Yang Kini Menjadi Pengarah Drama. Wahh, Tahniah Dan Semoga Berjaya Uzair !!

Sebelum ini, penerbit dan pengarah, Jinggo telah berkongsi luahan dirinya yang merasa bangga dengan pencapaian anak bongsunya, Luth Mikhail yang kini bergelar ketua pengawai eksekutif di restoran perusahaannya. Perkongsian tersebut telah dikongsikan Jinggo sendiri di akaun Instagram miliknya.

Terbaru, Jinggo telah memuat naik satu video yang memaparkan anak sulungnya, Uzair Haqimy sedang mengarahkan sebuat drama terbitan syarikat mereka. Kongsi Jinggo atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Sidang, dia merasa gembira melihat anak sulungnya mengambil alih kerusi ‘Director’ miliknya.

Selain itu, turut dititipkan oleh Tok Sidang adalah kata-kata semangat buat kedua-dua anak lelakinya itu. Harapan Tok Sidang semoga anak-anaknya akan terus berjaya dan menjadi lebih terbaik daripad dirinya.

Perkongsian oleh Tok Sidang itu telah menjadi perhatian ramai. Hingga kini video tersebut telah mendapat lebih 20 ribu tanda suka. Wahh, memang gaya Uzair mengarah tu sudah seperti Tok Sidang lah.

Tonton perkongsian tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang turut memberikan kata ucapan tahniah kepada Uzair. Antara komen-komen manarik adalah :

” Tahniah Uzair. Dah tiba masanya TS lepaskan mandat kat anak2. Udah tibe TS ngn SR rehat dan menikmati hidup bersama hingga akhir usia.. “

” Alhamdulillah ada waris yang bagus . Rezeki tok sidang dan puan. Benih yg di semai, di jaga dgn baik, jadi hasil nya baik.. “

” Tetiba saya pun terasa sed1h jgk, sekejap je anak-anak membesar, semoga dpermudahkan urusan tok sidang, tahniah buat anak-anak tok sidang dah berjaya.. “

” Wowww, congratulations. Hebat lah tengok gayanya mengarah. Bangga pula saya tengok bila Sis Sheila tepuk tangan tu.. “

 “Bertuah dah ada pewaris yg blh menjaga. Kira anak pun minta juga jadi pengarah, moga terus berjaya Uzair.. “

” Tahniah tok sidang, legacy bidang hiburan. Terbaik lah tok sidang n sis blh jd pemerhati dr belakang supaya menjadi lebih baik.. “

” Talented family. Sudah masanya tok sidang dan sis berehat yg penting j4ngan sed1h2  ya. Good luck Uzair dan tahniah.. “

Semoga anak-anak Tok Sidang dan Sis Sheila berjaya di dalam bidang yang mereka ceburi. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak turut menngucapkan tahniah kepada Uzair Haqimy. Semoga segala urusan anak-anak Tok Sidang akan sentiasa dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Jinggo, Uzair Haqimy

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..