” Ramai rupanya anak Abang Jatt ye. Baiknya dorang, ni pun rezeki Shiera.. ” – Netizen

Sharifah Shahirah Kongsi Gambar Bersama Anak-Anak Bekas Suaminya, Jatt Ali Yang Datang Membantunya Berniaga Raih Pujian Peminat. Wah Bagusnya, Untung Shiera Ada Ramai Yang Tolong. C0py Paste Muka Jatt Semuanya !!

Meninjau di akaun Instagram pengacara radio popular, Sharifah Shahirah atau lebih dikenali dengan panggilan Shiera telah berkongsi perkembangannya ketika sedang berniaga di sebuah ekspo di Singapura baru-baru ini.

Namun, salah satu gambar yang dikongsikan oleh Shiera adalah bersama anak-anak bekas suaminya, Jatt Ali. Tulis Shiera di kapsyen, Shiera berasa bersyukur kerana setibanya di Singapura, anak-anak Jatt telah datang membantu dalam urusan berniaga di ekspo tersebut.

Perkongsian itu telah menjadi perhatian warganet. Ramai yang menyatakan yang Shiera sangat beruntung kerana anak-anak bekas suami sangat akrab dengannya. Malah ada yang memuji sikap ringan tulang anak-anak Jatt.

Sehingga kini, gambar yang dikongsikan Shiera tersebut telah mendapat lebih 2,300 tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Wah semuanya nampak seiras lah dengan wajah anak sulung Sheira, Allisya.

Ikuti perkongsian di bawah ini :

Di ruangan komen, selain memuji keakraban Shiera bersama anak-anak Jatt, ada yang tidak sangka anak-anak Jatt rupanya ramai. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Ramai rupanya anak Abang Jatt ye. Baiknya deorang ye, itu sifat yg terpuji. Alhamdulillah, itu pun rezki Shera.. “

” Alhamdulillah rezeki di kelilingi org2 yg baik. Tak rugi kita berbaik dengan semua orang, sesama saudara.. “

” Alhamdulillah seronok tengok, besar panjang smua anak-anak Jatt, semua iras Jatt hehe termasuk Talisya.. “

Wah memang terbaik lah, ringan kerja Shiera ada anak-anak yang lain datang membantu. Malah bagi yang mengikuti Shiera dan Jatt, pasti tahu meskipun sudah lama berp1sah, mereka memang sangat akrab.

Untuk sekadar info, menerusi perkahwinan bersama Jatt, Shiera telah dikurniakan seorang anak perempuan dan menerusi perkahwinan keduanya bersama Spelakon Ijoy Azhar, Shiera telah dikurniakan empat orang cahaya mata.

Silakan SHARE..

Sumber : IG shieraijoy, tallisya

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..