” Ulang kali tengok, pandainya Fatima buat camtu.. ” – Netizen

Terima Potret Keluarga Daripada DYMM Tuanku Sultan Dan Tengku Permaisuri Selangor, Gelagat Anak Fazura, Nur Fatima Aisya Raih Tumpuan Ramai. Part Fatima Buat Sembah Hormat Tu Comel Sangat !!

Pelakon dan juga usahawan berjaya, Nur Fazura telah melahirkan rasa syukur dan terima kasih apabila menerima sebuah potret lukisan keluarganya daripada DYMM Tuanku Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor.

Fazura menyifatkan hadiah pemberian ini merupakan satu hadiah terindah dan kenangan yang bermakna buat dirinya serta keluarga. Fazura telah hadir ke istana bersama suami, Fattah Amin dan anak mereka, Nur Fatima Aisya.

Fazura tampil cantik dengan mengenakan kurung moden manakala Fatima pula sangat comel dengan gaun berwarna putih. Keluarga ini turut merakamkan gambar mereka bersama potret tersebut dan juga disediakan sebiji kek pulut kuning buat mereka.

Turut mencur1 perhatian ramai apabila video Fatima membuat gaya sembah hormat untuk menghadap Sultan. Pandai sangat Fatima menundukkan sedikit badannya sebagai tanda hormat. Comel sangat.

Jom lihat perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN -> untuk melihat gambar dan menonton video seterusnya seterusnya.. )

Di ruangan komen, ramai yang menyatakan Fazura seorang yang sangat bertuah. Antara komen-komen yang diberikan :

” Sayang nya King and Queen Selangor dgn fmly ni lagi2 fatimah.. Pandai Fatima curtsy to the Queen.. Fazura mmg classy.. nmpk mcm puteri raja dh cara berpakaian.. “

” Terpaling cantik dan terpaling manis cantiknya potret ada aura ni Inshaa Allah semoga yg baikĀ² untuk kak fazz dan Fattah.. “

” Next up Datuk / Datin Fazura. In syaa Allah. Kejayaan adalah untuk mereka yang berusaha. Aaminn.. orang baik, ramai yg sayang.. “

” Rasa2 tak lama lagi dapat title dato fattah ni.. semoga dipermudahkan.. aamiin.. lots of love faz .. Everything about all you three are classy and beautiful.. “

” Cantik manisss sangat fazura.. dah nampak mcm ada dar4h keturunan kerabat diraja.. Alhamdulilah semoga bahagia selalu buat faz dan fattah. Nyamma.. “

” Pandainya Fatima buat camtu .. cuma nak tahu siapa pelukisnya ? nampak hebat karya dan sentuhan dia ni.. “

” Ulang kali tgk fatima.. Gaya nak ambil pingat tu dah ada alhamdulillah. Pasti yang baik2 saja untuk orang2 yang baik Dan sabar.. “

Alahai Fatima, tak perah tak comel. Ada sahaja gelagatnya yang membuatkan ramai terhibur. Seronok melihat kebahagiaan Fazura dan Fattah bersama si comel Fatima. Potret tersebut juga sangat cantik lukisannya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fazura

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..