” Ayat dia susun ni lucu lah. Ketawa terbahak weh, haha.. ” – Netizen

Video Maryam You Narae Mengomel Kepanasan Di Dalam Kereta Gara-Gara Ryzal Membuka Sunroof Buat Warganet Terhibur. Dengan Muka Tak Puas Hati Tu, Ayat Maryam Ni Kan Memang Kelakar Betul. Haha !! 

Maryam You Narae, si cantik yang berasal negara Korea ini memang kelakar orangnya. Walaupun belum begitu fasih berbahasa Melayu, Maryam tetap mencuba untuk bertutur dalam bahasa Melayu dan selalunya ayat Maryam pasti membuatkan warganet terhibur dan berdekah ketawa.

Meninjau entry terbaru Maryam di akaun Instagramnya, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Maryam dan Ryzal berada di dalam kereta. Permulaan video sahaja sudah membuatkan warganet ketawa mendengar ayat Maryam.

Kata Maryam dia kepanasan dan sedang ‘hang0s’ sedangkan Ryzal sedap ‘ lepak-lepak’. Mengatakan Ryzal membuka pintu sambil menunjukkan sunroof di atas kepalanya yang dibuka, ini membuatkan Ryzal ketawa besar.

Ad0i lah Maryam, sampai kecil mata tu dan tak boleh dibuka luas kerana silau matahari. Ayat Maryam mengatakan ‘ Matahari tengok saya je ‘ memang mencuit hati. Maryam ni memang tak pernah tak kelakar, ayat bahasa Melayunya yang tunggang terbalik pun seronok didengar.

Jom tonton video di bawah :

Video Maryam ini telahpun meraih hampir 15 ribu tanda suka dan rata-ratanya terhibur mendengar ayat Maryam. Antara komen-komen :

” Saya seorang je hangus-se hahaha, lawaklah Maryam ni. Matahari tengok saya je adui sak1t perut gelak dengan ayat Maryam ni.. “

” Bila malas nak layan “yalah yalah yalah iyaaa. maryam cantik sgt. sbb tu matahari asyik tengok maryam jer haha. Matahari tengok saya je maryam ye haha.. “

” Aduiiii comelnya maryam.. Nak cakap sambil fikir apa yg dia nak cakap nampak comel sangat… Semoga kalian berbahagia hingga ke syurga.. “

” Hahahhaha.. last sekali tu maryam dah jadi melayu sangat dah.. “Yelah yelah yelahhh… iyer, iyer” haha. ketawa terbahak weh dengan Maryam ni.. “

” Ayat dia susun ni lucu la… bila dok sowng nty Mula la Teringat ayt Maryam nie.. gelak sowang2.. hahhahaahah.. Saya sorg je hanguse, dia sorg je lepak2.. “

” Beng0ng la.. kelakar si0t. yelah yelah yelah, Hahahaha lawak lah maryam ni. Sampai tak boleh bukak mata maryam kena cahaya matahari.. Comell & kes1an.. “

” Bergetarlah lemak2 perut Rizal hari2 ketawa. Matahari tgk saya je… sampai mata saya takde. Hihihi.. lawak lh maryam ni.. “

Kes1an Maryam, kepanasan sangat tu sampai mata pun jadi kecil. Tapi serius ayat yang Maryam tuturkan itu membuatkan warganet tak kering gusi ketawa. Bertabahlah Maryam, bak kata Ryzal sekejap sahaja kena cahaya matahari, hehe.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Maryam You Narae

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..