” Perghh duet version. Sedapnya suara dia orang duet.. ” – Netizen

Video Nabila Razali Berduet Bersama Hael Husaini Membawakan Lagu Peluang Kedua. Wahhh Duet Gempak Ni, Harmoni Je Dengar Paduan Suara Tu. Dah Tak Terkucil, Best Lah !!Β 

Single terbaru Nabila Razali berjudul Peluang Kedua berjaya menarik perhatian ramai peminat. Lagu ciptaan penyanyi terkenal, Hael Husaini ini memang diciptakan khas buat Nabila. Umum mengetahui mereka memang akrab dan sudah bersahabat lama.

Lirik dan melodi lagu ini menambat hati pendengarnya. Menjadi juara carta di kebanyakan stesen radio tempatan, Nabila juga tercalit isu terkucil ketika membuat persembahan secara live ketika program raya baru-baru ini. Ins1den ini membuatkan Nabila berasa sed1h.

Namun mengambil semua kata-kata positif daripada rakan-rakan artis dan peminat setianya, Nabila bangkit dan berusaha memperbaiki lagi vokal dan mutu suaranya itu. Single ini mencatat rekod apabila berjaya mendapat kutipan lebih 1 juta tontonan hanya dalam masa beberapa hari dan sekarang sudah lebih 10 juta tontonan di Youtube.

Menerusi akaun Instagram, Nabila Razali telah berkongsikan satu video yang memaparkan berduet bersama Hael Husaini di rancangan Ceria Megastar 2020. Membawakan lagu hit Peluang Kedua, persembahan mereka sangat bertenaga dan penuh perasaan.

Jom tonton video di bawah :

Duet antara Hael dan Nabila ini menarik perhatian ramai. Antara komen-komen mereka :

” Perghh duet version. Sedapnya suara dia orang duet.. “

” Best la buat duet mcm ni. Mendayu-dayu je dengar.. “

” Best sangat persembahan kak bella dgn abg hael.. “

” Yeah gandingan yang sangat best. Good job Bella.. “

” Wow Suara kak bella makin best. Go Bella go.. “

” Suara akak nabila , makin hari mkin lama makin sedap.. “

Akhirnya dapat juga dengar paduan suara Hael dan Nabila bawakan lagu Peluang Kedua ni. Keserasian antara mereka buat lagu ini lagi sedap didengar. Apa pun, tahniah buat Bella kerana berjaya memperbaiki mutu nyanyiannya. Semoga rezeki Bella dan Hael semakin banyak dan bersinar di masa hadapan. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nabila Razali, IG Hael Husaini

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..