” Eee muka Aliff sangat bila pot0ng rambut macam ni.. ” – Mira Filzah

Bella Astillah Kongsi Gambar Terkini Setelah 6 Hari Melahirkan Bayi Keduanya. Namun Wajah Anaknya, Ayden Adrean Jadi Tumpuan. Memang Sebijik Sangat Rupa Daddy Aliff Aziz. C0py And Paste Sungguh !! 

Bella Astillah atau Dayang Nabellah Awang Astillah antara artis yang sering menjadi tumpuan netizen. Bergelar isteri kepada penyanyi dari negara jiran Singapura, Aliff Aziz. Pasangan ini pernah menjadi bualan ramai ekoran berita percer4ian mereka.

Setelah lama menyimpan rahsia, Bella akhirnya mengumumkan kepada umum mereka kembali rujuk tahun lalu. Tambahan lagi berita kehamilan anak kedua Bella menjadi tular. Pasangan ini nampak ceria dan gembira walaupun terpaksa berhubungan jarak jauh kerana Aliff berada di Singapura.

Selamat melahirkan seorang bayi perempuan 6 hari yang lalu, Bella berkongsikan berita gembira itu di Instagramnya. Walaupun tanpa suami di sisi, Bella tetap kuat dengan sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan rapat yang berada di sekelilingnya.

Menerusi akaun Instagram, Bella Astillah telah berkongsikan sekeping gambar bersama anaknya Ayden Adrean. Ayden yang baru sahaja minggu lalu memot0ng rambut panjangnya kini sudah berimej baru. Kemas dengan rambut pendek menambahkan lagi kecomelan wajahnya.

Jom baca perkongsian di bawah :

Wajah Ayden berambut pendek ini menarik perhatian netizen. Ramai yang mengatakan wajah Ayden semakin mirip dengan wajah Aliff. Antara komen-komen mereka :

” Eee muka Aliff sangat bila pot0ng rambut macam ni.. ” – Mira Filzah

” Muke daddy abis lah Ayden hensem mcm daddy.. “

” Hensem bile dah rambut pendek. Serupa muka bapanya.. comel2.. “

” Mini aliff aziz. Muke photostate hbis ek. cumill betul ba dia.. “

” Hello boy. Semakin besar semakin cute. Seketoi muka Aliff Aziz.. “

” Muka ayden muka aliff sebijik. Hensemboy ba ayden.. “

” Mini alif aziz .. Masya Allah hbis rupa Daddy Dia Alif kan Bel.. so cute hansome ayden.. ”

Masa rambut panjang nampak macam mommy sangat. Tapi bila dah pendek rambutnya ini, sebijik sangat dengan daddy Aliff. Macam c0py and paste pulak, seiras sangat. Apa pun, semoga Ayden sentiasa di bawah lindungan Allah dan membesar menjadi anak yang soleh buat mommy dan daddy. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Bella Astillah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..