” So cute la Miss Lim cakap ‘ I finish my book daddy ‘.. ” – Netizen

Jovian Mandagie Kongsi Video Anaknya, Jeanelle Nika Mandagie Mengaji. Alahai Comel Je Miss Lim Senyap-Senyap Baca Surah Al-Fatihah Tu Dengan Pakai Telekungnya !!

Jika melihat wajah anak kecil ini, pasti semua tahu dan mengenali dia adalah cucu kepada Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri. Anak kepada pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie ini sering mencur1 perhatian dengan telatahnya.

Baik ketika bersama daddynya mahupun bersama Atok kesayangannya, pasti ada sahaja yang mencuit hati. Ibu Jeanelle, Nina Sabrina Ismail Sabri juga seorang usahawan. Melihat gelagat Jeanelle menerusi video dan gambar perkongsian mereka di Instagram, Jeanelle memang petah budaknya.

Dengan tubuh chubby dan muka cutenya itu buat peminat ger4m. Pernah dikongsikan gelagat Jeanelle memberi ucapan selamat hari bapa kepada Jovian dan Atoknya juga diberi ucapan selamat hari Atok. Alahai macam-macam akal sungguh Jeanelle ni.

Menerusi akaun Instagram, Jovian Mandagie telah berkongsikan satu video yang memaparkan mereka sekeluarga sedang membaca Yasin bersama-sama. Apa yang menarik perhatian adalah gaya Jeanelle yang turut sama bertelekung dan memegang senaskah Yasin. Siap baca surah Al-Fatihah lagi Miss J.

Jom tonton video di bawah :

Gelagat Jeanelle ini menarik perhatian netizen. Jelas kedengaran bunyi bacaannya itu. Pandai sangat la miss J. Antara komen-komen :

” So cute la Miss Lim, ‘ I finish my book daddy’.. “

” Ya Allah good girl sangat. So cutelaaaa jeanelle.. “

” Sejuk perut mama dia mengandung… amin.. “

” Lahaiii bagus nyaa lim. Alaaa sayang.. semakin hari semakin bijak.. “

” Aunty doakan utk awk yea sayang, semoga jdi anak yg baik kepada kedua ibubapa dan org2 di sekeliling mu sayang.. “

” Ya Allah Jeanelle comelnya awak.. Masya Allah.. Pandainya.. “

” MasyaAllah….. Semoga Allah swt berikan Taufiq dan Hidayah kepada anak bijak ini, Aamiin.. “

Sejuk perut mama mengandung tau dengan sikap Jeanelle sebegini. Amalan dan ajaran yang baik dari kecik moga berkekalan sehingga dewasa. Gaya dah habis baca tu memang cute. Apa pun, semoga Jeanelle sentiasa menghiburkan keluarga dan membesar dengan sihat di bawah lindungan Yang Esa selalu. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Jovian Mandagie

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..