” Patutlah ada orang belanja makan, rupanya dia nak suruh saya menyanyi. Haha.. ” – Ezad

Video Ezad Lazim Menyanyikan Lagu ‘Jesnita’ Di Kedai Makan Raih Perhatian Ramai. Wow Lagu Ni Memang Mengimbau Kenangan. Sedap Betul Suara Ezad Menyanyi Live, Dah Macam Telan Kaset !!

Siapa tidak mengenali penyanyi Ezad Lazim atau nama sebenarnya, Mohd Rohaizad Bin Mohd Lazim ini. Memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian sebagai vokalis untuk kumpulan Exist menerusi album Diammu Gunung Berap1 dengan menggantikan vokalis asalnya iaitu Mamat.

Meninjau di Instagram milik Daebakingz, telah berkongsi satu video klip yang memaparkan Ezad menyanyikan lagunya berjudul ‘Jesnita’. Menerusi video itu, sebelum menyanyi Ezad berkongsi cerita yang ada seseorang telah belanjanya makan di sebuah kedai makan pada ketika itu.

Sempat Ezad berseloroh patutlah ada orang belanja makan, rupa-rupanya mahu dirinya untuk menyanyi. Malah, Ezad turut berterima kasih kepada orang yang belanjanya makan dan yang masih menyokongnya sehingga ke hari ini.

Sehingga kini perkongsian video tersebut telah ditonton lebih 600 tontonan sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Wow lagu ni memang menggamit kenangan betul lah. Padu suara Ezad walaupun menyanyi dalam keadaan bersahaja.

Kalau dilihat dalam video, ramai peminat Ezad yang mengambil kesempatan merekod video Ezad menyanyi. Rata-ratanya menunjukkan tangan tanda ‘good‘. Untung lah orang-orang yang berkunjung ke kedai makan tersebut, dapat tengok konsert live daripada Ezad.

Sekadar info, Ezad juga pernah menyertai pertandingan Geg4r Vaganza pada musim ke-2 dan telah mendapat tempat ketiga. Kemunculan kembali Ezad dalam Geg4r Vaganza sangat dinantikan oleh para peminatnya. Apa-apa pun semoga Ezad terus maju jaya dalam bidang yang diceburinya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Daebakingz, Ezad Lazim

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..