” Confirm Baba hang yang ajar Jayden weh, sebijik haha.. ” – Netizen

Video Gelagat Anak Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden Membuat Bunyi Cicak Tokek Buat Ramai Terhibur. Cara Sebut Tu Pun Dah Tahu Siapa Yang Ajar. Baru Tahu Bunyi Cicak Tokek Macam Tu, Lawak Sungguh Lah Jebat !!

Semakin petah bercakap, Jebat Jayden seringkali mendapat perhatian ramai kerana percakapannya itu. Setiap kali video Jebat dikongsikan, pasti ada sahaja perkataan lucu yang disebutkan oleh Jebat yang akan menggeletek hati warganet.

Meninjau akaun Instagram Srikandi.79, telah diulangsiar satu video dari akaun Tik T0k Noorintanz yang memaparkan gelagat Jebat di rumah. Kata Jebat, ini bunyi cicak yang besar itu dan yang dimaksudkan oleh Jebat adalah cicak tokek.

Dengan yakinnya, Jebat menyebut ‘ Tookeyy, tookeyy, tookeyy ‘ berulang kali. Ad0i Jebat, ramai yang baru tahu bunyi cicak tokek macam tu. Mendengar sahaja bunyi ‘tookey’ Jebat itu, warganet sudah dapat mengagak ini pastinya ajaran babanya Sharnaaz Ahmad, hehe.

Tak pernah tak lawak si cilik Jebat ini, sentiasa membuatkan orang di sekelilingnya tak kering gusi ketawa. Celoteh banyak, berdikir barat pun pandai, berlakon lagilah pandai si Jebat Jayden ini. Mana tump4hnya kuah kalau tidak ke nasi, anak baba sungguh.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telahpun meraih hampir 400 tanda suka sehingga kini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :

” Betulla Jebat, serupa dah tu haha. Jayden.. awat la yg cute sgt.. Aunty gera4mmmm la.. nak sebut jgak la tokkekkkk tokkekkkk.. “

” Lawak lah Jayden ni. Berulang2 anty dgr bunyi tokkeey. selama ni anty pun tak tahu cicak besar bunyi tokkeey2.. “

” Cicak tokek namanya, pelat jadi tokey haha. Mesti baba dia yang ajar ni, Menghiburkan la jebat ni haha.. “

” Tak pernah tak lawak jebat Jayden ni haha, pandainya dia bunyi cicak. Bunyi tokek rupanya, ingatkan toke kedai haha.. “

” Confirm ajaran baba hang ni haha, sebab belah utara selalu buat gini haha. Benda gini kita dah tahu siapa yang ajar haha.. “

” Confirm baba hang yang ajar Jayden weh, sebijik haha. Lawaklah jebat boleh jadi pelawak besar nanti ni.. “

” Haha mesti pak hang ajaqkan haha. Mula2 ingatkan dia cakap ayam turkey tu, cicak yang besar tu rupanya. Comel sangat Jebat.. “

Pen4t gelak melihat telatah Jebat ini, ini cicak dengar pun boleh terkej0t tau Jebat, haha. Apa-apa pun, semoga Jebat Jayden membesar dengan sihat selalu, menjadi anak yang bijaksana serta anak yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Srikandi.79, IG Jebat Jayden, Tik T0k Noorintanz

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..