” Part lari tu memang lawak ter0k, tak larat nak gelak. Haha.. ” – Netizen

Video Gelagat Sherry Alhadad ‘Nak Try’ Hazrul Nizam Di Pentas Gegar Vaganza Buat Penonton Terhibur. Part Elly Bawa Lari Hazrul Menuju Ke Belakang Pentas Masa Sherry Tengah Menyanyi Sambil Pejam Mata Tu Kelakar, Baru Member Nak Feel Hehe. Part Yang Elly Pegang Tangan Sherry Tu Pun Lawak !!

Minggu ini Elly Mazlein bergandingan bersama Sherry Alhadad untuk menyempurnakan tugasan sebagai hos konsert minggu ke 4 Gegar Vaganza yang bersiaran langsung semalam. Gandingan yang mantap antara dua hos ini menghidupkan suasana konsert yang bertemakan kerohanian.

Pada awal rancangan, Elly memberikan beberapa tips buat Sherry antaranya jika ada peserta yang ‘herlok’ sila try. Namun itu hanyalah seloroh dan gurauan Elly untuk menceriakan semua penonton dan juri yang ada di situ.

Meninjau akaun Instagram Berita Kopak yang diulangsiar dari akaun Tikt0k Jaszmint83, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Elly dan Sherry ketika peserta bernama Hazrul Nizam selesai membuat persembahan. Untuk pengetahuan, jejaka ini masih berstatus single.

Apa lagi, Elly mula mengusik Sherry dan Hazrul. Lebih mencuit hati, Elly meminta Sherry menyanyikan lagu Dealova untuk Hazrul. Sebaik sahaja Sherry memejamkan matanya, laju sahaja Elly membawa Hazrul menuju ke belakang pentas. Alahai memang buat hal Kak Lina ni, punyalah feeling member tu menyanyi untuk Hazrul.

Jom tonton video di bawah :

Telatah nak4l Sherry dan Elly ini membuatkan penonton di auditorium dan juga Bunda Hetty Koes Endang ketawa besar. Laju betul Kak Kepom lari dan antara komen-komen warganet :

” Terbaiklah Sherry and kak lina, menjadi gandingan depa 2 ni. Kak Lina tu win betul, laju nau lar1 haha.. “

” Sampai tergelak besar abang gitar tu. Bisa senyum simpul je haha, lawak betul bila dua ketul ni di gabungkan.. “

” Bonda Hetty pun gelak besar haha, awal-awal nak behave tapi terlepas jugak perangai kak lina ni.. “

” Lawak lawak akak dua orang ni, memang terbaiklah. Sak1t perut tengok kak lina kep0m ni. Terbaik kak lina haha.. “

” Part ni memang lawak, ulang-ulang kali tengok. Tak larat nak gelak. Kak Lina spoil betul, haha kan men Sherry feeling haha.. “

” Haha lawak la, muka kepom ni bersahaja betul. Aku tengok GV ni cuma perati kak lina lari lari pakai high heels, macamana dia buat eh haha.. “

” Part lari tu memang lawak terok haha, jarang-jarang abang gitar belakang tu gelak besar haha. Kak lina memang masuk air lah.. “

” Kak Lina lari bur0k betul tapi lawak sak1t perut ketawa haha. Pen4t ketawa dibuatnya. Dalam cover cool pun, terbabas jugak kepom.. “

Ad0i Kak Lina ni, memang pantas betul buat kerja. Gamat suasana dengan ketawa penonton tengok gelagat Kak Lina dan Sherry ni. Apalah yang bakal jadi minggu depan, tentu ramai yang tak sabar menunggu GV minggu ke 5.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Berita Kopak, IG Astro Gempak, Tikt0k Jaszmint83

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..