” Pandainyer abang layan adik. Adik pun macam paham.. ” – Netizen

Bella Astillah Kongsi Video Ayden Adrean Sedang Seronok Mengagah Adiknya Ara Adreanna. Alahai Sweetnya Adik Dan Abang Ni. Ara Pun Macam Faham Abang Ajak Main. Comel Sangat !!

Bella Astillah selamat melahirkan cahayamata keduanya 18 Julai yang lalu. Bella dikurniakan seorang anak perempuan dan diberikan nama sebagai Ara Adreanna. Seperti abangnya Ayden Adrean, pangkal nama mereka sama AA juga.

Anak sulung Bella, Ayden Adrean juga teruja apabila melihat adiknya ini. Ayden yang sejak dari awal Bella hamil lagi sudah menunjukkan sayangnya pada adik dalam kandungan ibunya ini menjadi abang yang penyayang. Lihat sahaja gelagat Ayden menjaga Ara, comel sangat.

Bella ada berkongsikan di Instagram storynya sebelum ini telatah Ayden yang turut sama bangun di tengah malam dan subuh hari apabila mendengar Ara menang1s. Sudah pandai membantu Bella menjaga baby, Ayden menunjukkan kasih sayangnya terhadap Ara.

Meninjau akaun Instagram Ara Adreanna, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Ayden sedang meriba Ara. Ayden yang mengagah Ara dengan menyebut ciku chak. Alahai happy sangat Ayden ada kawan main ni. Cute pula tu cara gelaknya.

Jom tonton video di bawah :

View this post on Instagram

Abang chak2 pula 😌

A post shared by Ara Adreanna (@araadreanna) on

Gelagat Ayden dan Ara yang comel ini menarik perhatian peminat. Antara komen-komen mereka :

” Pandainyerr abang layan adik. Adikpun macam paham abang cak cak dia.. “

” Comel nya abang adik ni. Pandai abang main dengan adik.. “

” Sihat2 yee abang adik. Hidung baby mancung nya.. “

Bijak Ayden dah boleh diharap untuk menjaga adik. Tentu adik seronok ada abang penyayang macam ni. Bodyguard adik paling mach0 besar nanti Insha Allah. Apa pun, semoga Ayden dan Ara membesar dengan sihat selalu dan dilindungi Allah selalu. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ara Adreanna, IG Bella Astillah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..