” Wow Anaqi speaking Perancis laa kikikikiki.. ” – Netizen

Video Gelagat Aqeef Anaqi Menyebut Perkataan Delicious Yang Begitu Melucukan. Amboi Anaqi Sampai Slang Perancis Pun Keluar Ni. Lawak Sangat Anaqi Pun !!

Bintang utama drama fen0mena ‘Nur’, Amyra Rosli kini sudahpun bergelar ibu kepada 2 orang cahaya mata. Menikahi Amar Baharin yang juga hero gandingannya, keluarga bahagia mereka sering mencur1 perhatian peminat. Sama cantik sama padan, Amyra dan Amar antara pasangan pelakon yang popular.

Memberi nama Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa, dua anak kecil ini menjadi pelengkap keluarga Amyra. Anaqi yang banyak mewarisi muka Amar, manakala Aryssa pula lebih terlihat seperti rupa Amyra. Seiras sama mukanya ketika Amyra kecil dulu.

Anaqi pula semakin menunjukkan rasa sayangnya terhadap Aryssa. Anaqi bertambah ligat akalnya dan menghiburkan seisi keluarga. Melihat telatah Anaqi yang banyak cakap ini buat peminat bertambah sayang dan ger4m padanya.

Menerusi akaun Instagram Amyramar’s Family Fans, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Anaqi yang ingin memberitahu kepada Amyra makanan yang dimakannya itu rasa sedap. Menyebut perkataan delicious namun dalam bahasa ‘istimewa’nya, mimik muka tu comel sangat.

Jom tonton video di bawah :

View this post on Instagram

Anaqi says delicious!!

A post shared by AMYRAMAR'S FAMILY FANS (@amyramarr) on

Gelagat Anaqi ini mendapat perhatian daripada peminat. Rata-ratanya memberikan emoji tanda suka pada perkongsian ini. Antara komen-komen :

” Wow Anaqi speaking Perancis laa kikikikiki.. “

” Suka tengok anaqi comel sgt. Dah besar dia.. “

” Dah beli ke blum basikal abg anaqi tu.. “

Amboi Anaqi bukan main sebut delicious tu dah macam anak mat salleh. Dengan rambut ikat tocang tu, cute sangat lah Anaqi. Apa pun, semoga Anaqi sentiasa menjadi anak yang menyenangkan hati daddy dan mommy dan berjaya di dunia dan akhirat. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Amyramarr, IG Amyra Rosli

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..