” Laporan polis telah dibuat pagi ini.. ” – Siti Rosmizah

Penulis Novel 7 Hari Mencintaiku 2, Siti Rosmizah Buat Laporan Polis Terhadap Individu Yang Muatnaik Episod Akhir Drama Berkenaan Di Twitter. Alahai Sp0il Betul, Kan Dah Kena Report. Tak Hormat Karya Orang !!

Drama fen0mena 7 Hari Mencintaiku 2 (7HM2) berbaki beberapa episod sahaja lagi. Pastinya ramai yang tidak sabar ingin mengetahui kisah di pengakhiran drama yang diadaptasi oleh sebuah novel hasil karya Siti Rosmizah ini. Bagi yang sudah membaca membaca novel berkenaan, mesti akan membandingkan jalan ceritanya dengan dalam drama.

Gandingan mantap pelakon-pelakon hebat dalam drama 7HM2 ini menghidupkan watak yang diberikan haruslah dipuji. Mereka berjaya men1nggalkan kesan di hati dan membuai-buai emosi penonton. Antara pelakong yang terlibat adalah Shukri Yahaya, Siti Saleha, Liza Abdullah, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila, Kazar dan ramai lagi.

Namun siapa sangka, ada yang mengambil kesempatan atas populariti drama ini sehinggakan sanggup berkongsi di media sosial untuk tontonan umum video episod akhir yang masih belum ditayangkan. Perkara ini dikongsikan sendiri oleh Rosmizah di akaun Instagram miliknya.

Menerusi akaun Instagram, Rosmizah telah berkongsi satu laporan polis kepada seorang individu yang tidak bertanggungjawab memuatnaik episod 33 (akhir) di aplikasi Twitter. Walaupun individu tersebut telah memadam video berkenaan setelah diminta oleh Rosmizah, Rosmizah tidak berpuas hati dengan sikap tidak amanah individu itu.

Baca perkongsian Rosmizah di bawah :

Posting Rosmizah dibanj1ri dengan komen yang menyel4r tindakan individu berkenaan. Antara komen-komen netizen :

” Mcm dia dapat ya.. hmmm.. tak best lh jngn dulu upload part last.. nak suspen lh.. “

” Deg1l kan dorang nie… org seronok nak tunggu thrills dier… saja jer.. pls hormat karya org lain.. “

” Ape nak jadi. gel0joh sgt , kan dah ada novel. yg tak sbr nak tau ending tu baca lah novel.. “

” Mcm mane dia blh dpt episode 33?? Kurang aj4rnya.. “

” Cerita hebat… sampai x sabar nk tgk ending… sanggup langg4r undang-undang.. “

” Aduhh… Dorg ni dah kenapa… Sabar je la.. bukan lama lg pun.. “

” Mudah2an lps abis episod 7 hari mencintaiku 2 dpt sambung episod yg ke 3 plk. Saya sgt2 menyokong hasil karya sis sitirosmizahsemail slu.. “

Sama-sama kita ambil iktibar daripada kes ini, tolong hormati karya orang lain yang bersusah payah menjayakan drama ini dari awal sehingga ke akhirnya. All the best untuk Rosmizah dan pelakon-pelakon serta krew-krew yang terlibat dalam drama 7HM2 ini. Anda semua terbaik !!

Silakan SHARE..

Sumber : IG Siti Rosmizah, Siti Saleha, TV3 Malaysia

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..