” Nasha Aziz cantiknya awak.. ” – Netizen

Penampilan Terkini Nasha Aziz Yang Semakin Cantik Jelita. Wahhh Awet Muda Sungguh, Langsung Tak Berubah Nasha !!

Bagi peminat yang lahir pada era 80-an, pasti nama pelakon Nasha Aziz tidak asing lagi bagi mereka. Nasha atau nama sebenarnya Noraishah Abdul Aziz antara nama pelakon yang popular pada zaman itu. Nasha paling awalnya lebih menyerlah sebagai seorang model.

Wajahnya menjadi bur0an ramai dan terkenal seluruh pelusuk negara hinggakan mendapat gelaran Peragawati Nombor Satu Tanah Air. Kad Cinta adalah filem pertama lakonan Nasha bergandingan bersama aktor Hairie Othman.

Setelah itu banyak filem dan drama yang dijayakan Nasha. Nasha pernah menjalin hubungan cinta dan bergelar tunang kepada pelakon Faizal Hussein. Namun tiada jodoh antara mereka dan ikatan pertunangan ini terput0s. Sehingga kini, Nasha masih lagi bergelar single dan fokus menjaga kebajikan ibunya.

Menerusi akaun Instagram Datin Seri Umie Aida, telah dikongsikan beberapa keping gambar ketika majlis sambutan Awal Muharam di kediamannya. Dihadiri oleh rakan artis dan sahabat handai, antara yang kelihatan adalah Nasha Aziz. Wah lama sungguh tidak mendengar perkhabaran tentang aktress cantik ini.

Jom baca perkongsian di bawah :

View this post on Instagram

Awal muharram ❤️ #friday #awalmuharram

A post shared by umieaida 🇲🇾 (@umieaida9) on

Penampilan terkini Nasha itu menarik perhatian peminat. Antara komen-komen mereka :

” Masya Allah cantiknya kak nasha aziz.. “

” Nasha Aziz cantiknya awak.. “

” Assalamualaikum kak Nasha. Cantiknya.. “

Masih cantik dan berseri wajah Nasha sekarang sama seperti dahulu tidak berubah. Senyuman yang sama masih terukir dibibirnya. Nampak seperti tidak dimamah usia wajah Nasha ini. Apa pun, semoga Nasha sentiasa gembira bersama keluarga tersayang, dikurniakan Allah rezeki yang tak put0s-put0s dan sentiasa dilindungi Allah. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Umie Aida, IG Nasha Aziz

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..