” Saya isteri kedua ke, ketiga ke saya tak buat benda yang sal4h.. ” – Miera Leyana

Miera Leyana Dan Suami Perjelas Isu Dikatakan Isteri Kedua. Fuh Makan Dalam Ayat Ni. Sila Hadam Betul-Betul Ye Bawang Rangers !!

Pelakon Miera Leyana baru sahaja bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan bernama Rosland Othman. Pernikahan mereka berlangsung dengan meriah pada 26 Julai yang lalu. Miera yang anggun dengan busana bertema Saloma pada waktu itu mendapat pujian peminat.

Namun dalam kegembiraan mereka menyambut hari bersejarah ini, satu gos1p tular di semua media sosial. Tidak sampai 24 jam bergelar isteri, Miera dikatakan adalah isteri kedua dan Roslan sebenarnya suami dan ayah kepada tujuh orang anak.

Tentulah menjadi suatu kej0tan buat peminat kerana ianya tidak langsung dijangkakan. Tambahan pula perbezaan umur antara mereka agak jauh dan ramai yang memperkatakan tentang tindakan Mira berkahwin dengan lelaki yang berusia.

Menerusi Instagram Harian Metro, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temuramah bersama Miera dan Roslan ketika majlis resepsi mereka. Miera dan Roslan yang diajukan soalan tentang isu bermadu ini menjawab dengan tenang dan jelas.

Jom tonton video di bawah :

Jawapan Miera yang jelas ini meraih perhatian ramai. Antara komen-komen mereka :

” Dia nak kawen pun biar lah at least dia dah halal. semoga bahagia Miera.. “

” Poligami tk salah klu suami adil, mampu & saksama.. “

” Ok terima kasih atas pnjelasan. actually tak perlu jelaskn pn tak pe. u pn dh khwin.. “

” Semoga berbahagia sampai syurga utk mira dan suami.. aamiinn.. “

” Miera nampak dah matang sangat dari yg dulu.. “

” Tahniah mira semoga berbahagia hingga ke jannah.. “

Moga penjelasan ini boleh menutup semua spekulasi yang tersebar itu. Doakan semoga Miera kekal bahagia hingga ke anak cucu bersama suaminya itu lebih baik. Bak kata Roslan, isu peribadi mereka tidak perlulah diperbincangkan. Apa pun, kami di Berita Kopak berharap agar Miera berbahagia selalu. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Myhmrap, IG Miera Liyana, IG The Affiliates

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..