” Nampak sangat datin rapat dengan anak-anak walaupun ada bibik.. “

Video Gelagat Anak-Anak Zizie Izette Meraj0k Apabila Zizie Memanjakan Salah Seorang Daripada Mereka Buat Netizen Terhibur. Amboi, Kuat Cemb0ru Ye Masing-Masing Sampai Nak Bab4p Mommy !!

Zizie Izette binti Abdul Samad atau lebih dikenali sebagai Zizie Izette merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Zizie merupakan anak kepada pelakon Khaty Fauziah dan kakak kepada Shaheizy Sam yang turut bergiat aktif dalam bidang lakonan.

Beliau telah berkahwin dengan Datuk Bung Mokhtar Radin pada Disember 2009. Dengan perkahwinan ini sekaligus beliau mendapat gelaran Datin. Perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu sepasang kembar, Aadam Zec Izette dan Aaleph Zeke Izette serta seorang anak perempuan bernama Aalisa Belle Izette.

Zizie turut mengambil dua orang anak angkat iaitu seorang perempuan bernama Naila Nurjenna dan seorang lelaki bernama Aaric Zayn. Walaupun begitu, Zizie tetap menyayangi anak angkatnya seperti anak sendiri tanpa membezakan kasih sayang antara mereka.

Menerusi akaun Instagram, Zizie berkongsi video anak-anaknya merajuk apabila beliau memeluk anak-anak yang lain. Zizie sengaja mengusik anak-anaknya untuk melihat kecemb0ruan mereka apabila melayan salah seorang dari anaknya.

Tonton video di bawah :

” Antara cabaran bila ramai anak. Semua anak2 perlukan perhatian kita. Cabarannya bila semua nak dimanja dlm satu masa. (Dlm video ni mommy mmg sengaja exaggerate sikit) Tp kebiasannya mmg mcm ni.. “

” Kalau bg A attention, BCDE merajuk. Bg B, ACDE pulak dan mcm tu lah seterusnya. Belum lg tengok bila semua berebut nak duduk satu kerusi dgn mommy. Mommy pengs4n ! Tapi seronok. That’s what makes life worthwhile.. “

Rata-rata netizen suka melihat gelagat anak-anak Zizie. Antara komen-komen mereka :

” Pergh. Meraj0k sampai n0nggeng.. “

” Nampak sgt keikhlasan datin jaga anak sama rata.. “

” Terharu tgk kasih syg datin dengan anak-anak.. “

” Mummy kuat mengusik ni.. “

” Walaupun dah bagi all out but they still want more and more. Suka tgk famili datin.. “

” Super mommy.. Seronok tgk.. “

” Nampak sgt datin rapat dengan anak2 walaupun ada bibik.. “

Alahai, suka melihat gelagat anak-anak Zizie. Umum mengetahui bahawa Zizie mempunyai pengasuh untuk setiap seorang anaknya namun dapat dilihat melalui video tersebut beliau amat rapat dengan kesemua anak-anaknya tanpa menyerah seratus peratus kepada pengasuhnya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zizie Izette by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..