” Mata masuk habuk ke chey ? Aku ikut kuar air mata weyhhh.. “

Video Nyanyian Ayah Achey Buat Achey Sebak Dan Menitiskan Airmata. Menus0k Ke Hati Mendengarnya. Terbaik Ayah !!!

Siapa tidak kenal pelawak terkenal yang sinonim dengan kumpulan Bocey iaitu Achey. Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir bin Haji Hamzah. Anak kelahiran Segamat Johor ini juga adalah seorang penyanyi, pelakon, pengacara dan Youtuber.

Achey mula dikenali setelah beliau berjaya menjadi juara Bintang Mencari Bintang musim pertama pada tahun 2013. Beliau mula bergabung bersama Fad dan Abam untuk menyertai Maharaja Lawak Mega 2013 atas nama Bocey.

Achey telahpun mendirikan rumahtangga dengan gadis pilihan, Nur Hassanah atau lebih dikenali sebagai Anne. Setelah lapan tahun usia perkahwinan mereka tanpa dikurniakan zurait, Achey mengambil seorang anak angkat bernama Nur Tiara Zinnirah. Lagu ciptaannya Yang Terindah diciptakan khas buat isterinya yang tercinta itu.

Menerusi akaun Instagram, Achey telah berkongsikan satu rakaman video di mana beliau bersama ayahnya sedang berbual di dalam kereta. Apa yang membuatkan keadaan menjadi sayu apabila ayahnya mendendangkan lagu buat Achey. Allah sebak menitis airmata Achey. Sedihnya !

Jom tonton video di bawah :

” Abah power… Hari ni turn saya jaga abah… Thanks you adik beradik saya yang lain sama-sama jaga abah sebelum ni.. Niat acah-acah nak nyanyikan untuk abah… Sebab orang lain order kita nyanyi je… Abah tak pernah order… “

” Tapi kita offer… Last-last dia yang nyanyikan untuk kita… Sebak kejap aku… Yess tak perlu sedap mana… Pengertian lebih bermakna… Oleh kerana abah suka lagu ni… Saya akan buat sesuatu dengannya… #madahpujangga.. “

Rata-rata netizen terharu dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Dada aku s4kit tahan seb4k.. Argh rindu ayah.. “

” Yang dengar pon boleh nang1s.. “

” Sendu dengan mendengarnya.. “

” Woww.. Tersentuh jiwa dengarnya.. Aduh tisu.. “

” Allahu.. Teringat arwah ayah saya… Huhuhu.. “

” Kenapa aku ikut kuar air mata weyhhh.. Menus0k dihati.. “

” Mata masuk habuk ke chey?.. “

Allahu seb4k rasa di hati mendengar nyanyian ikhlas seorang ayah buat anaknya ini. Walaupun dalam kurang bermaya masih mahu menghiburkan hati anak yang disayangi. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga ayah Achey diberikan kesembuhan dan umur yang panjang. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Achey Bocey by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..