” Alhamdulillah isteri saya Nur Amira Izzati dah selamat melahirkan anak perempuan.. “

Amar Baharin Kongsi Berita Gembira Amyra Rosli Selamat Bersalin Anak Kedua. Yeaaaayyy Anaqi Dah Jadi Abang !!

Nur Amira Izzati binti Rosli atau lebih dikenali sebagai Amyra Rosli merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjaya lakonan pada tahun 2011 menerusi drama Jodoh, kemudiannya memegang watak utama menerusi beberapa siri televisyen.

Antaranya drama bersiri lakonannya yang melonjakkan nama Amyra ialah Tersuka Tanpa Sengaja dan Cik Bunga Encik Sombong di Astro Ria serta drama Nur di TV3. Selain kerjaya lakonan, Amyra menjadi duta kepada produk kosmetik AuraWhite Skin Spa dan jenama aiskrim Baskin-Robbins.

Amyra telah berkahwin dengan pelakon gandingannya dalam drama Tersuka Tanpa Sengaja, Amar Baharin pada 11 November 2016. Pada 15 Oktober 2017, Amyra dan Amar dikurniakan seorang anak lelaki bernama Aqeef Anaqi Amar.

Menerusi akaun Instagram, Amar telah berkongsi berita gembira isterinya, Amyra telah selamat melahirkan anak kedua mereka. Pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan dan keadaan kedua ibu dan anak sihat.

” Bismillahi Allahuakhbar Alhamdulillah isteri saya Nur Amira Izzati dah selamat melahirkan anak perempuan kami pagi tadi. Baby sihat & Isteri saya juga selamat. Terima kasih buat semua yang mendoakan. Barakallahu Fik.. “
.

Rata-rata netizen dan rakan artis mengucapkan tahniah kepada Amar dan Amira atas  kelahiran cahaya mata mereka. Antara komen-komen mereka :

” Alhamdulillah. Tahniah amar, amy & beloved family. “

” Alhamdulillah.. congratulations you two. “

” Alhamdulillah tahniah @amarbaharin @aamyrarosli for baby girl.. “

” Alhamdulillah, tahniah dan selamat berpant4ng amira.. “

” Alhamdulillah. Congrats to you both.. “

” Alhamdulillah & Tahniah.. “

Kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah kepada Amar Baharin dan Amyra Rosli atas kelahiran cahaya mata yang kedua ini. Selamat berpant4ng kepada Amyra dan semoga kelahiran cahaya mata kedua ini memberikan lagi sinar kebahagiaan buat pasangan ini. Tak sabar nak tengok muka baby, mesti cun macam mommy dia !!

Silakan SHARE..

Sumber : IG Amar Baharin by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..