” Nak kenakan pengantin, sekali pengantin kenakan dia balik.. ” – Inai Jari

Video Mira Filzah Membahan Radin Ketika Di Majlis Resepsi Perkahwinannya Buat Ramai Terhibur. Wahhh Tak Sangka Sikap Mira Begini !!

Sudah beberapa hari pelakon Mira Filzah bergelar isteri namun sehingga hari ini Mira dan suaminya, Wan Emir Astar masih menjadi perhatian di media sosial. Tambahan pula kehang4tan majlis perkahwinan mereka masih belum berakhir apabila pada hari ini pasangan ini bersanding buat kali kedua.

Majlis yang dilangsungkan pada tengah hari tadi mengambil tema yang berbeza dengan majlis resepsi pada 4 September yang lepas. Kali ini mereka memilih untuk mengadakan majlis resepsi seperti dalam taman bunga atau garden wedding.

Dihiasi dengan bunga-bungaan segar, pastinya pelamin pasangan ini begitu indah dan menepati tema. Untuk majlis kali ini, Radin dan Fara Fauzana dijemput untuk menjadi pengacara majlis. Semestinya gandingan mereka menggamatkan suasana majlis.

Menerusi akaun Instagram, video ketika majlis resepsi Mira dan Emir telah dikongsikan. Video tersebut memaparkan Radin meminta Emir membaca doa namun dibalas oleh Mira yang meminta Radin membacanya kerana Radin masih bujang.

Jom tonton video di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk video seterusnya.. )

Rata-rata netizen menyatakan sikap Mira terserlah ketika dia mengenakan Radin. Antara komen-komen mereka :

” Can see ketegasan mira filzah kat sni.. “

” Radin minta Emir baca doa. Mira jwb Emir dah khwin dah Dah2 boleh baca doa, Radin belum khwin lagi apa kata kita minta Radin baca doa.. Lebih kurang begitulah.. “

” Mcm terserlah je perwatakan mira kt cni.. “

” Haaaaa kan daa kene hahhaaha.. “

” Oooo mira filzah cmni rupanya cara dia.. “

Wah, nampak ketegasan dalam diri Mira apabila dia membahan Radin sehinggakan Radin tidak tahu untuk mengelak atau menepis apa yang dikatakan oleh Mira. Pengantin pun sporting je dan menceriakan lagi majlis resepsi mereka.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Inai Jari

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..