” Muka daddy sangat, nanti dah besar cantik macam mummy dia.. ” – Netizen

Gambar Terbaru Intan Ladyana Bersama Anaknya, Evie Khadeeja Yang Kini Sudah Berusia 9 Bulan Raih Perhatian Ramai. Alahai Makin Comel Lah Evie, Ni Betul-Betul C0py Paste Muka Daddy Lah. Lagi-Lagi Part Mata, Sebijik Sama !!

Pasangan bahagia, Intan Ladyana dan suaminya, Harris Alif telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada awal tahun lalu. Memilih nama sebagai Evie Khadeeja buat puteri sulung mereka, kini Evie sudah pun berusia 9 bulan.

Intan mahu pun Harris sering berkongsi gambar bersama Evie. Baru-baru ini dilihat keluarga kecil ini telah menikmati percutian di atas kapal persiaran mewah dan gambar-gambar tersebut telah dikongsikan di akaun Instagram mereka.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram Intan, telah memuatnaik satu lagi gambar terbaru bersama Evie dan tulis Intan ‘My world’ di ruangan kapsyen. Perkongsian itu telah menarik perhatian warganet. Ada yang menyatakan semakin Evie membesar wajahnya saling tak tumpah seperti Harris.

Sehingga kini, gambar Intan bersama Evie telah menerima lebih 8 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Alahai Evie sekejap dah besar, memang c0py paste muka daddy sangat lah, lebih-lebih lagi part mata tu.

Ikuti perkongsian di bawah ini :

Selain memuji kecomelan Evie, ramai juga memuji penampilan terbaru Intan yang sudah berhijab. Antara komen-komen menarik adalah :

” Muka daddy sangat, nanti dah besar cantik macam mummy dia. Manisnya Intan sejak bertudung ni, alhamdulillah.. “

” Alhamdulillahhh Intan cantik sangat pakai tudung, anak pun comeyyyyy beautiful girl, bahagia tengok kehidupan Intan sekarang.. “

” Wajah ayah lah Evie, mata tu memang mata ayah sebijiiiii. Alhamdulillah syukur suka tengok perubahan Intan Alhamdulillah semoga istiqamah.. “

” Hai baby girl, comel lah Evie muka Harris betul. Orang tua cakap anak perempuan muka ayah sejuk.. “

” Lawa lah Intan bertudung terus nampak remaja. Evie makin besar makin iras daddy dia lah, hehehe jangan m4rah mummy Evie.. “

” Muka daddy sangat2 Evie. Selalu macam tu lah anak sulungg memang dapat kat si ayah, hehehe next baby dapat kt mummy pula ok.. “

” Comel gebu putih mulus anak dara Intan ni, hehe ger4m tengok. Semoga terus membesar dengan sihat baby Evie.. “

” Alahaiii comeyyy terok ni. Subhanallah semoga membesar dgn baik & berbakti kpd kedua org. Aamiin.. “

Semakin comel lah Evie, macam Harris versi baby. Intan pun nampak semakin cantik. Apa-apa pun semoga Intan dan Harris terus hidup bahagia bersama Evie dan segala urusan sentiasa dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG intanladyana

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..