” Cakap sokong wife, last last ada juga perkataan ‘tapi’. Kelakar lah Syamel, haha.. ” – Netizen

Respon Ernie Zakri Dan Syamel Mengenai Topik ‘ Lelaki Atau Perempuan Siapa Yang Lebih Complicated ‘ Buat Ramai Terhibur. Berpeluh Juga Syamel Nak Bagi Jawapan Bila Isteri Ada Kat Depan, Haha !!

Meninjau di akaun Instagram radio Era telah berkongsi satu video yang memaparkan team pagi Era iaitu Nabil Ahmad, Radin dan Pak Azad telah berdebat bersama team wanita yang diketuai oleh pelakon Noreen.

Topik yang dibincangkan menerusi debat tersebut adalah ‘ Perempuan Atau Lelaki, Siapa Yang Lebih Complicated ‘ . Dalam video itu, Nabil telah memberikan beberapa hujahan yang perempuan lebih complicated berbanding lelaki.

Menerusi satu video lain yang dikongsikan oleh Era, telah memaparkan penyanyi terkenal Ernie Zakri dan suaminya, Syamel turut memberikan respon tentang tajuk yang dibahaskan oleh team pagi Era. Semestinya Ernie menegaskan yang lelaki sebenarnya sangat complicated.

Manakala jawapan Syamel pula seolah menyokong Ernie pada awalnya, namun akhirnya bersetuju tentang apa yang Nabil, Radin dan Pak Azad katakan sebenarnya perempuan yang lebih complicated. Video tersebut telah menarik perhatian warganet.

Ramai yang menyak4t Syamel sebenarnya tak0t kepada isterinya dan mengambil langkah yang betul menyokong apa yang Ernie katakan kerana perempuan selalu beranggapan semua yang dikatakan mereka adalah benar.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan oleh warganet dan rata-rata mereka terhibur selepas menonton video yang dikongsikan oleh radio Era. Antara komen-komen menarik adalah :

” Cakap sokong wife tapi last2 ada perkataan ‘tapi’, kelakar lah Syamel, haha. Iyekan jelah, perempuan ni memang akan menang juga apa2 hal.. “

” Hahahhahaa kelakar, Nabil dah macam tengah luah perasaan je tu, sabar2. Syamel serba salah nak sokong yang mana.. “

” Jangan buat pasal Syamel, nanti kena tido kat parking kereta pula, jaga2 cara Ernie cakap tu nampak garang betul.. “

” Jangan sesekali lawan dengan perempuan, hahaha. Ayat ”tapi” tu paling tak tahan, last2 slow2 je sokong Nabil n the geng.. “

” Amboi Pak Haji kita, sakan betul berdebat, isu ni memang pan4s betul. Hahhaa jaga2 lah Pak Azad dan Nabil, balik nanti tahan telinga jelah.. “

” Patutnya letak bini bini dorang kat situ hahahahaha berani tak berani nak berdebat, mari kita tengok haha.. “

” Terbaik Nabil, sy wakil org perempuan tergamam sekejap hahahaha. Hahahaha lelaki ni kalau boleh mengata perempuan boleh tahan yer, hahaha.. “

Komen Syamel di Instagram Era juga mencuit hati ramai, nampaknya Syamel tidak mahu menanggung risik0 jika tidak bersetuju dengan pendapat Ernie. Video Nabil sedang berdebat pula dikatakan seperti sedang meluah perasaannya, hehe.

Silakan SHARE..

Sumber : IG era.je, erniezakri

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..