” Ni kalau exam memang paling awal lah keluar dewan.. ” – Netizen

Kecekapan Lara Alana Di Usia 6 Tahun Menyelesaikan Soalan Operasi Matematik Buat Ramai Kagum. Wahhh Laju Betul Dia Kira. Memang Hebat Lah Lara !!

Lara Alana merupakan anak kepada pasangan selebriti, Scha Alyahya dan Awal Ashaari. Lara kini sudah berusia 6 tahun dan mempunyai pengikut yang ramai di akaun Instagram yang diwujudkan sejak Lara dilahirkan iaitu seramai 4.1 juta orang.

Lara sememangnya menjadi perhatian di media sosial sejak kecil lagi. Apa sahaja yang dikongsikan pasti akan mendapat ribuan viewers dan likes. Kepetahan Lara berkata-kata menjadi salah satu sebab mengapa Lara meraih perhatian di media sosial.

Menerusi entri terbaru di akaun Instagram, video Lara membuat pengiraan matematik telah dikongsikan. Lara mengira operasi tambah antara dua nombor. Apa yang menarik perhatian ramai ialah Lara boleh mengira dengan begitu laju. Dalam masa beberapa minit sahaja Lara dapat menyelesai banyak soalan.

Adalah sangat hebat bagi kanak-kanak seusia Lara yang baru berumur 6 tahun berjaya mencongak pengiraan matematik dengan begitu laju. Kebiasaannya, kanak-kanak sebesar ini ada yang masih menggunakan jari untuk mengira. Boleh dikatakan Lara sememangnya sangat hebat !!

Jom tonton video di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk video seterusnya.. )

View this post on Instagram

Its kira kira day today!

A post shared by Lara Alana Ahmad (@laraalanaa) on

Rata-rata netizen kagum dengan kecekapan Lara mengira operasi matematik tersebut. Antara komen-komen mereka :

” Kalau budak seusia Lara, abis tangan dikiranya utk dpt jawapan… “

Uishhh laju nya! Sebab ‘later we can play’ ke? Hahaha.. “

” Mashallah. May Allah bless you. Your a very intelligent girl. May Allah save you from any evil eyes.. “

” Lajunya lara jawab soalan. Cepat nye budak pintar, Clever girl lah lara .. “

” Pandainyaa.. Laju je lara kira. Cerdiknya ya Allah. Dulu masa kecik mcm2 org ckp dia.. “

” Kemas nyeee tuliss.. laraaaa cantik sgt. Bijak.. “

” Ni kalau exam memang paling awal lah kua dewan.. terbaik kak lara.. “

Wah, tidak sangka Lara juga bijak dalam matematik selain fasih bertutur bahasa Inggeris. Macam ‘kacang goreng’ je Lara menyelesaikan soalan operasi matematik tersebut. Semoga Lara Alana berjaya dalam pelajaran suatu hari nanti dan menjadi kebanggaan ibu bapa.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Lara Alana

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..