” Mira’s last words for Emir minutes before akad nikah.. ” – Weddie

Video Ucapan Khas Mira Filzah Sebelum Ijabqabul Buat Wan Emir Astar. Wah Jiwang Karat Jugak Mira Ni, Patut Bersemangat Emir Jawab Akad Nikah. Manis Bersemut Sungguh !! 

Bah4ng wedding of the year, pelakon Mira Filzah masih lagi terasa. Walaupun akad nikahnya sudahpun 3 hari berlalu, peminat masih lagi belum move on dengan keindahan majlis dan wajah kedua mempelai ini. Mira yang memiliki jejaka tinggi lampai, Wan Emir Astar sebagai peneman hidupnya.

Tidak pernah menayangkan kisah cinta mereka dikhalayak ramai, peminat cukup teruja untuk melihat perkahwinan Mira dan Emir. Hanya desas desus yang bertebaran sebelum ini tentang kisah mereka. Di hari bersejarah Mira ini, peminat rata-ratanya gembira dan terhibur melihat wajah bahagia EmirAmirah ini.

Sedikit corat-coret sepanjang majlis akad nikah dan 2 majlis resepsi Mira dan Emir yang menarik. Busana Mira bagi ketiga-tiga majlis mempunyai keistimewaan dan keunikkannya. Rizman Ruzaini dengan baju kurung Pahang bertatahkan ribuan manik untuk akah nikah, Fiziwoo pula gaun indah inspirasi Arabesque yang cukup memukau. Manakala resepsi terakhir bertema Garden Wedding rekaan Rico Rinaldi buat Mira laksana Elsa dalam busana berwarna baby blue.

Menerusi akaun Instagram Weddie.my, telah dikongsikan satu video yang mempamerkan ucapan istimewa Mira buat Emir beberapa minit sebelum majlis ijabqabul mereka dijalankan. Mira yang gement4r itu meluahkan rasa sayangnya terhadap Emir dan memohon doa ramai supaya majlis akad nikahnya berjalan lancar.

Jom tonton video di bawah  :

View this post on Instagram

EXCLUSIVE on @weddie.my! #EmirAmirah

A post shared by Weddie (@weddie.my) on

Alahai bila Nur Amirah Filzah berkata-kata ketika hati sedang berbunga cinta, sweetnya itu lain macam betul. Dalam drama itu memang skripnya sudah diberi, ini real punya ikhlas daripada hati. Comel je cara Mira sebut sayang tak berkurang tu, cair berkali-kali lah Emir mendengar suara lembut Mira ini.

Apa pun, semuanya telahpun berjalan dengan lancar sebagaimana yang dirancang. Hasil kerjasama keluarga, event organizer, wedding planner, pereka busana dan artis-artis yang terlibat, majlis Mira meriah dan grand sekali. Semoga Mira dan Emir berbahagia selalu dan sentiasa kuat dalam melayari alam rumahtangga yang penuh pancaroba. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mira Filzah, IG Weddie.my

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..