” Bunyi kuda paling win, bijaknya Jebat ni.. ” – Netizen

Sharnaaz Ahmad Kongsi Video Anaknya, Jebat Jayden Buat Bunyi Haiwan. Bunyi Kuda Tu Yang Paling Rare Dan Kelakar, Comel Sangat Jebat !!

Sharnaaz Basir Ahmad atau lebih dikenali dengan nama Sharnaaz adalah seorang selebriti yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Bakatnya dicungkil ketika mula-mula berlakon dalam drama bersiri Tari Tirana sebagai pelakon tambahan. Selepas itu, bakatnya semakin berkembang setelah dilamar sebagai pelakon utama dalam drama bersiri KITA. Kini telah banyak filem dan drama yang telah dibintangi oleh pelakon berbakat besar ini.

Hasil perkahwinan yang lalu, Sharnaaz telah dikurniakan seorang anak yang comel iaitu Jebat Jayden. Jebat seringkali muncul di Instagram akaun milik Sharnaaz dan keletahnya sangat-sangat comel dan menarik perhatian netizen. Posting mengenai Jebat mendapat ratusan ribu view setiap kali muncul di Instagram milik Sharnaaz.

Walaupun telah berp1sah, namun hubungan Sharnaaz dan bekas isterinya Noor Nabila Mohd Noor baik demi membesar anak mereka, Jebat. Malah baru-baru ini Sharnaaz turut mengikut keluarga Nabila pergi bercuti ke Langkawi. Bertuah sungguh Jebat mendapat ibu bapa yang penyayang. Jebat pula semakin besar dan semakin comel !!

Baru-baru ini Sharnaaz ada berkongsi Jebat membuat pelbagai bunyi haiwan di akaun Instagramnya. Lagaknya yang bersahaja dalam membuat bunyi haiwan, betul-betul nampak comel. Jebat pantas akur segala bunyi permintaan babanya, Sharnaaz. Sharnaaz pun pandai melayan Jebat.

Ikuti perkongsian video Jebat di akaun instagram Sharnaaz :

Rata-rata netizen kagum dengan bakat Jebat dalam menghasilkan bunyi binatang. Part bunyi kuda tu paling kelakar. Antara komen-komen netizen :

” Bunyi horse plg win.. bijaknyaa jebat ni.. “

” Muka mix both.. Kiut sgt ni.. brcrita sakan smpai Kaki kremm… “

” Bunyi horse paling rare.. Jrg2 bdk2 tau bunyikan tu.. Ger4mnya tgk dia dok cotcet2 ngn baba.. “

” Sedapnya dengar dia ckp… walau tk faham … beria ekk jebat.. “

” Yg punya kudaa tu tak boleh tahan la Jebat oiii, cute sgt.. “

” Hahaha.. jebat nye bunyi horse tu cute n klakar hahaha.. “

” Why so cute this boy. So lovely. So adorable.. Omg.. Jebat you are soooo cute.. “

Walaupun belum masih jelas bait bunyi perkataan yang diperkatakan Jebat, namun kesabaran Sharnaaz melayan kaletah Jebat seharusnya dipuji. Keakraban Jebat dan babanya tidak dapat dipertikaikan lagi. Semoga Jebat membesar menjadi anak soleh, penyejuk mata buat Sharnaaz dan Nabila.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sharnaaz Ahmad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..