” Mesra Tokti dengan Tengku Zawyah, macam adik kakak.. ” – Netizen

Kongsi Gambar Sambutan Ulangtahun Kelahiran Anak Datuk Seri Khalid Jiwa, Anas Zawawi Namun Kemesraan Mereka Sekeluarga Jadi Tumpuan. Dato’ Siti Nurhaliza Dan Tengku Zawyah Pun Sama Cantik Sama Manis !!

Sebut sahaja nama Dato’ Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Jiwa, pasti peminat membayangkan wajah pasangan romantis ini. Walaupun sudah berbelas tahun mendirikan rumahtangga, sikap mereka itu tidak berubah dan sentiasa ‘bersemut’ membuatkan peminat suka melihatnya.

Datuk Khalid menerusi perkahwinan terdahulunya bersama Tengku Zawyah dikurniakan 4 orang anak lelaki. Semuanya sudah dewasa dan berumahtangga kecuali anak bongsunya. Anas Zawawi, Asyraf dan Adib semuanya sudah mempunyai keluarga dan cahayamata mereka sendiri.

Walaupun Datuk Khalid dan Tengku Zawyah sudah berp1sah, namun kemesraan antara mereka sekeluarga tidak pernah put0s. Hubungan antara Dato’ Siti dan Tengku Zawyah juga dilihat mesra dan mereka sering berkumpul bersama keluarga besar mereka ini. Pasti ada sahaja perancangan mereka untuk mengeratkan tali silaturahim antara mereka.

Menerusi akaun Instagram, Dato’ Siti Nurhaliza telah berkongsikan sekeping gambar mereka sekeluarga menyambut ulangtahun kelahiran anak sulung Datuk Khalid, Anas Zawawi. Wah bila semua berkumpul daripada mak ayah sampai ke cucu, meriah sangat. Tengku Zawyah dan suami juga turut hadir bersama menyambut hari istimewa ini.

Jom baca perkongsian di bawah :

Seronoknya semua anak menantu dan cucu berkumpul untuk menyambut hari lahir Anas ini. Ini menarik perhatian peminat dan antara komen-komen mereka :

” Family goals, so happy for all of you.. “

” Mashaallah beautiful sgt famili. Allahhumma Ya Amin YRA. YA ALLAH JAGALAH MEREKA SEMUA.. “

” Sooo Beautiful…. Semoga sentiasa dilindungi Allah.. Alhamdulillah sooo happy tengok keluarga besar Tokti.. “

” Wahhh syoknya kumpul ramai2. Berapa generasi Ada tu.. Wow, semua ada anak2 DK. sukeeee sgt tengok famly tokti.. “

” Mesra Tokti dengan Tengku Zawyah, macam adik kakak. Keluarga bahagia semoga berkekalan amin.. “

” Hebattttt bisa berkumpulll bisa memberikan contoh pd yg lain.. “

” Loves this, family is everything. Suka sgt tgk Family CTDK! Positive vibes.. “

Memang keluarga besar ini suka berkumpul untuk melakukan aktiviti bersama-sama lebih-lebih jika untuk menyambut hari istimewa ahli keluarga mereka. Kemesraan dan keharmoniaan yang menjadi inspirasi kepada ramai keluarga lain. Semoga keluarga besar Tokti ini sentiasa dirahmati Allah dan berbahagia selalu. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ctdk, IG Tya Arifin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..