” Minta-minta la Che Ta tak berdaghah telinga in dengaq kami boqak.. ” – Catriona Ross

Video Catriona Ross Bercakap Loghat Utara Buat Ramai Terhibur. Wah Serba Boleh Lah Kak Cat Ni, Siap Buat Gaya Mulut Tu Paling Tak Tahan. Sekali Che Ta Pun Bagi Komen Lah, Hehe !!

Bagi yang mengikuti pelakon Catriona Ross di akaun Instagramnya, pasti mengetahui yang Catriona sering berkongsi video bercakap dalam loghat negeri Kelatan dan Thailand. Boleh dikatakan kesemua video tersebut menarik perhatian warganet.

Terbaru, Catriona atau lebih mesra disapa dengan panggilan Kak Cat memuatnaik video yang memaparkan kali ini Kak Cat bercakap dalam loghat utara. Tulis Kak Cat di ruangan kapsyen, Kak Cat memang begitu ‘pulun’ mahu bercakap pelbagai loghat.

Malah sempat Kak Cat bersoloroh agar pelakon Rozita Che Wan tidak akan menonton video dirinya bercakap loghat utara ini. Perkongsian video itu telah menerima ratusan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Dalam masa yang sama, para peminat Kak Cat kagum dengan Kak Cat kerana hebat bertutur loghat utara. Pendek kata memang Kak Cat ini serba boleh bercakap dalam pelbagai loghat. Wah gaya Kak Cat cakap tu kalau orang tak tahu, mungkin ingat betul Kak Cat berasal dari negeri sebelah utara.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai video tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :

” Tudia jenuh gelak kami dengar. Menjadi betul lah, haha. Kami org utara, ok Kak Cat lulus, hahaha.. “

” Ni dengaq macam belah2 bukit kayu hitam ja, haha dekat2 sempadan siam. Serba boleh noh Cat cakap.. “

” Tu diaaa pandai nya you babe, authentic lah. Suka betul tgk video2 you cakap loghat kelatan sebelum ni.. “

” Utara blood hadirr. Ad0ii sis kami rasa gegham aihhh ngan hampa hahahaa, siap buat gaya mulut tu paling tak tahan.. “

 “Sleng siam tak tinggal noh, hahaha ni kalau dok belah utara, jenis reti cakap siam sama ni. Padu lah Cat.. “

” Baguslah Kak Cat ni. Semua dia bulehh, pulun habis. Syok dengar cara Kak Cat cakap, hehe, memang menjadi.. “

” Okay i repeat tengok banyak kali ya. Ada bau2 sleng Thailand mcm mana ni, aduhai comel betul lah Cat.. “

Komen Rozita Che Wan :

Video Kak Cat tak pernah tak kelakar, komen Che Ta pun menghiburkan. Memang Kak Cat ni berbakat kalau men1ru loghat negeri lain. Apa-apa pun semoga Cat terus maju jaya dalam bidang seni dan bahagia bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG catrionabrianross

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..