” Sedapnya suara, saya yang dengar pun boleh terlena, apatah lagi si Ayub tu.. ” – Netizen

Video Adira Suhaimi Cover Lagu ‘ Cinta Terbaik ‘ Sambil Meriba Anaknya Tidur Raih Pujian Ramai. Amboi Bukan Main Nyenyak Lagi Ayub Tidur Yer. Mummy Menyanyi Suara Kuat Pun Masih Tidur Lena, Hehe !!

Nama penyanyi Adira Suhaimi memang dikenali ramai dan Adira antara bekas finalis Akademi Fantasia yang mempunyai vokal suara yang mantap. Sehingga kini, hampir setiap lagu baru Adira di corong radio pasti mendapat pujian para peminat.

Terbaru meninjau di akaun Instagram, Adira telah memuatnaik satu video yang memaparkan dirinya menyanyikan lagu bertajuk ‘ Cinta Terbaik ‘ nyanyian asal penyanyi Cassandra. Kelihatan dalam video itu juga, Adira sedang meriba anak kecilnya, Ayub yang sedang tidur.

Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian warganet. Ramai yang kagum dengan Adira kerana meskipun sedang menjaga anak kecil, dirinya mampu menyanyi dengan baik dan sedap didengar.

Di ruangan kapsyen Adira menyatakan yang Ayub sudah terbiasa mendengar keadaan seperti itu dan mudah tidur. Perkongsian video nyanyian Adira telah mendapat lebih 4 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, selain memuji suara Adira sedap ada juga turut memuji kecomelan Ayub yang sedang tidur nyenyak. Antara komen-komen menarik adalah :

” Sedapnya suara, saya yang dengar pun boleh terlena, apatah lg si Ayub tu. Love g1leyy suara Adira ni dri dulu smpi skrg.. “

” Suara still power, nyanyi balik la Adira. Comel lah si kecil tu, senang betul tidur kan. Anak yang baik lah Ayub.. “

” Nyanyi sambil tidurkan anak pun sedap. Suka sangat dengar suara Adira ni, memang best sangat.. “

” Bila baby dah biasa tido walaupon bunyi bising memang senang je nk jaga, kita nak buat kerja pun jadi mudah.. “

” Suka lagu ni, sedap lah Adira nyanyi. Suara Adira dari dulu lagi memang tak pernah tak sedap, semua lagu best2.. “

” Lenanya Ayub tidur, merem4ng dengar suara Adira nyanyi. Sambil duduk dukung anak pun power nyanyi.. “

” Boleh masuk Gegar Vaganza 10 lah Adira, sedap lah suara. Lagu apa ni, macam pernah dengar tapi tak ingat lah tajuk.. “

Wow padu lah suara Adira, masih maintain seperti dahulu lagi, terbuai mendengarnya. Apa-apa pun semoga Adira terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburinya dan bahagia bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG adira.suhaimi

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..