” Besar pahala Dato’, manisnya Dato’ Syafinaz.. ” – Netizen

Video Dato’ Syafinaz Selamat Mengajar Teknik Ketika Bertaranum Buat Ramai Yang Kagum. Wah Ingat Menyanyi Je Ada Teknik, Taranum Pun Ada Teknik Rupanya. Manisnya Dato’ Syafinaz Bertudung !!

Nama jurulatih vokal terkemuka iaitu Dato’ Syafinaz binti Selamat sudah tidak asing lagi. Dato’ Syafinaz juga merupakan juri dalam beberapa program nyanyian dan seni persembahan di seluruh tanah air.

Terbaru, di satu akaun Instagram, sebuah video yang memaparkan Dato’ Syafinaz mengajar teknik vokal untuk taranum telah membuatkan ramai peminat berasa kagum. Ini kerana ramai menyangkakan Dato’ Syafinaz hanya mengajar vokal untuk teknik nyanyian sahaja.

Dalam video tersebut Dato’ Syafinaz mengajar seorang pelajar menggunakan vokal dengan teknik yang betul ketika bertaranum. Malah penampilan Dato’ Syafinaz yang manis bertudung dan berbaju kurung telah menerima pujian ramai.

Video ini diambil daripada akaun TikT0k kelab peminat Dato’ Syafinaz dan ia telah menerima lebih 5 ribu tanda suka dalam tempoh beberapa jam ia dimuatnaik. Wah ternyata Dato’ Syafinaz merupakan seorang guru vokal yang hebat.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang memuji penampilan Dato’ Syafinaz yang manis bertudung. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Suka lihat datuk shafinaz pakai tudung dan baju kurung macam ustazah.. inilah pendidik yang kita mahukan.. “

” Mantap datuk shafinaz…. U start from bottom to the toppest  Proud of u to share yr knowledge to our Qariah / Qari.. “

” Waah nice je tgk dato pakai tudung, moga terbuka hati toknaz nnt utk kekal bergitu.. insya Allah.. Terbaik dato.. “

” Cantik Sungguh Ciptaan Allah.. MasyaAllah. Tabarakallah.. terbaik Dato’.. Dato’ Shafinaz mmg pensyarah bidang tu.. “

” Alhamdulillah… Manisnya dato naz… Masyallah Terbaik Datuk , ajari kebaikan.. ustazah feveret saya.. “

” Wahh saham akhirat .. Alhamdulillah terbaik Dato’.. besar pahala dato’. Cantek RupeNye Dato Shafinaz Klau Mcm Ni.. “

” Amazing dato, dato ada wat kelas vokal tak, saya nak join.. terima kasih dato, cantik dato bertudung.. terbaik.. “

Ternyata teknik vokal bukan sekadar dalam nyanyian sahaja malah untuk bertaranum juga memerlukan teknik vokal yang betul juga. Semoga Dato’ Syafinaz terus mencurahkan ilmu yang ada kepada semua yang memerlukan dan terus sukses.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Kosmo online, Dato’ Shafinaz Selamat

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..