” Mata Jep, air muka Sari. Cantik sangat Dariya.. ” – Netizen

Gambar Terbaru Anak Jep Sepahtu Dan Sari Yanti, Dariya Inara Yang Kini Berusia 4 Lebih Tahun Raih Perhatian Peminat. Wah Dah Besar Dariya, Nampak Tinggi. Comel Sangat Macam Mama Dia !!

Meninjau ke akaun Instagram, perkongsian beberapa keping gambar Dariya Inara iaitu anak kepada pasangan selebriti, Jep Sepahtu dan Sari Yanti ini telah meraih perhatian ramai peminat. Dariya yang lahir pada 2 April 2018 ini kini sudah berusia 4 tahun lebih dan bakal menginjak ke usia 5 tahun pada tahun hadapan.

Dariya dilihat sudah makin meninggi dan wajahnya juga sudah nampak berbeza berbanding dahulu. Ramai menyatakan air muka Dariya saling tump4h seperti ibunya manakala matanya pula seiras mata bapanya.

Wah, begitu pantas masa berlalu kerana Dariya juga tidak lama lagi akan bersekolah. Dariya merupakan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga di mana Dariya mempunyai dua orang abang dan dua orang adik lelaki.

Perkongsian gambar Dariya ini telah menerima lebih daripada 5 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik. Apabila satu-satunya anak perempuan, semestinya Dariya merupakan permata hati daddy dan mummy yang amat disayangi dalam keluarga.

Jom lihat perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN -> untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, ramai yang memuji wajah comel Dariya yang cantik seperti ibunya. Antara komen-komen yang diberikan :

” Dariya is so cute and adorable girl.. Hai dariya.. cantik mcm maknya.. same date laa ngn sye hahaha 13/11 happy birthday .. “

” Comel la dariya.. mata jep… air muka sari…. cantik sgt dariya.. takde gigi sebatang pun cute.. Sama tarikh anak saya Mawar Sofiah 13/11.. “

” Comey cm mama dia.. Sekejap je dah big gal taw si comel nie.. Muka apaknya jep sepahtu.. comel dariya.. “

” Aaaaa.. da bsr laa dariyainaraofficial …thn dpn sek tadika… muka copy paste jep.. sebijikkkk la bah ni muka bapa dia.. “

” Cantek princess Abah nan sorang nie, rose among thorns.. comel lah awk ni dariya macam muka mama.. “

” Comel laa Dariya Inara, mata sama Abg Jep…. Muka sama kak Sari…. Cantik sgt Dariya Inara.. mata macam mama dia laa cantik.. “

” Bila senyum nmpk muka mak. Bila xsenyum nmpk muka abahnya.. birthday awak sama ngan anakbuah acik.. “

Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Gabungan wajah Jep dan Sari maka terhasillah wajah comel Dariya. Semoga Dariya Inara membesar menjadi anak yang baik serta solehah. InsyaAllah, amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dariya Inara

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..